Pengikut

Jumaat, 12 Jun 2009

Hidup biar berperaturan


Hidup kita ini akan teratur jika kita ikut peraturan. Jika tidak kucar-kacirlah kehidupan kalau masing-masing main ikut sedap rasa saja.Ikut sedap rasa maka lampu merah terus main langgar je sebab malas nak tunggu. Hidup tanpa aturan bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tapi juga menyusahkan alam buana ini. Kalau makan pun main hentam saja alamat tak lamalah tinggal dibumi ini.

Binatang,ungas dan binatang atau serangga kecil yang merayap pun pandai memilih makanan yang baik untuk mereka.Kanak-kanak kecil pun begitu.Tetapi kebanyakan orang dewasa tidak mempunyai tabiat yang baik ini. Mereka pakai hentam saja apa yang terhidang didepan mereka.

Ingatlah ya makanan yang berlemak itu memendekkan usia.Terlampau banyak makan serta gelojoh ketika makan menyebabkan badan kita tersumbat dengan racun . Semua jentera badan kita terganggu maka berlakulah kekacauan dalam sistem badan . Untuk itu bacalah cara - cara bagaimana nak makan.


ATURAN MAKAN
1.Makanlah ketika benar-benar lapar
2.Jangan makan bila darah gemuroh, gusar dan risau
3.Mamah dan kunyah betul-betul semua makanan
4.Rehatlah sebelum dan selepas makan tengahari dan malam

5.Minum air tiap pagi selepas bangun tidur
6.Minum air banyak-banyak,susu dan air perahan buah.
7.Makan makanan semula jadi dan asli 8.Makanlah sekadar cukup untuk memberi kalori yang diperlukan badan 9.Makanlah makanan yang hanya boleh memberi zat yang berharga pada badan
Akhir sekali yang orangramai marah tinggalkan segera amalan merokok..............

3 ulasan:

  1. Takut bila melihat keadaan orang yang obesiti ni.. Harap2 tak berlaku kat gua..

    BalasPadam
  2. yes itu harapan gua letakkan gambo tu. Kalau jenis tu la badan habis awek lu bro......

    BalasPadam
  3. bersenam itu penting..

    cara mudah dengan membasuh baju guna tangan..haha

    BalasPadam