Pengikut

Khamis, 4 Jun 2009

Selepas Stadium jangan kolam renang pula



Memang sudah dijangka bila sesuatu kes besar berlaku maka akan berlakulah tuding menuding.Minggu ini selepas kapalterbang penumpang perancis terbenam dilautan Stadium Sultan Mizan pula bumbungnya menyembah bumi.

Hari ini MB Terengganu berkata beliau sedia disiasat. Bagus.... buka seluas-luasnya ruang siasatan supaya semua orang boleh tahu. Penubuhan suruhanjaya khas menyiasat kes ini wajar disegerakan. Menteri Belia Dan Sukan pula dilapur beliau memandang serius apa yang telah berlaku. Janganlah kejadian ini sampai menakutkan orangramai untuk ke stadium . Seterusnya membantutkan perkembangan sukan tanahair.

Kita tunggu dan lihat tindakan yang akan diambil. Janganlah semuanya menjadi hangat-hangat tahi ayam sehinggalah kolam renang yang tersergam indah di Batu Burok itu pula tenggelam kedalam bumi.

2 ulasan:

  1. sukan tanah air yang paling ntahapahapa rasanya bola sepak......biarlah stadium tu runtuh saje....

    BalasPadam
  2. jangan yang..... jangan doa bende yang tak baik.kalau ari ni bola sepak kita tak menjadi manalah tau zaman cicit paut kita nanti baru dapat masuk final piala dunia.....traning biar betul-betul ..... pengurusan juga biaq telus dan jujur.

    BalasPadam