Pengikut

Jumaat, 5 Februari 2010

kisah pinang bukan pulau pinang.....

Buah pinang....... nama saintifiknya 'Areca Catechu'. Orang India panggil Supari. Orang Thai panggil Mak. Orang Cina panggil Pin Lang.




Buah pinang sangat banyak kegunaannya dalam perubatan. Pinang yang jenis 'Areca Catechu' ini pucuknya boleh dimakan.

Hampasnya pula boleh digunakan untuk diletak pada luka.
Ia juga sangat mujarab sebagai penghapus cacing dan dapat merawat cirit birit.

Buah pinang muda jika dikunyah dan airnya ditelan adalah untuk ubati darah dalam airkencing.

Jus pinang muda boleh diguna untuk rawat demam dan cirit berdarah.

Serbuk pinang pula boleh membuang cacing gelang dan kerawit.




yang mengecewakan bila 3 batang pokok pinang di rumah diupah tebang semuanya oleh ibu aku. sepatutnya tinggallah sebatang untuk anak cucu akan datang...... kecewa sungguh.

ini saja yang tinggal..................

aku sempat ambil sepohon anak pinang dan tanam semula. (bukan getah je orang tanam semula sekarang).....en. relevan oiiiii. moga -moga sepuluh tahun akan datang ia hidup subur dan ketika itu umur aku pun dah hampir 60 tahun.


Moga sempatlah aku tunjukkan pada anak cucu aku akan datang tentang buah pinang ini.

20 ulasan:

  1. Betul tu en Abu Muaz..selamat meminang..semoga tanaman semula pokok pinang ini akan menjadi..
    dan akan menjadi tanaman warisan untuk anak cucu cicit kita..

    BalasPadam
  2. ...duhai Tuan...
    buangkanlah rasa kecewa itu,
    mudah-mudahan tidak diketahui ibu,
    kerna...
    apalah sangat pinang sebatang.

    * * * * *

    pinang ranum berbuah seribu,
    tumbuh keliling si pohon paku,
    isinya basah terendam di pasu;

    amatlah menggunung jasanya ibu,
    tempat ketiga tarafnya diperaku,
    pertama Allah kedua Rasul...

    BalasPadam
  3. relevan: benar tuan. semuanya sudah jadi warisan.Sekarang pun anak-anak kita bukannya kenal lagi pada daun dan pokok-pokok .Nanti daun serai pun mereka tak kenal.

    BalasPadam
  4. yohteh : memangpun rasa tersebut hamba pendam je dalam hati.

    BalasPadam
  5. Biasa tengok pokok pinang dan biasa makan buah pinang yang masak. Di kampung ibu dulu banyak pokok pinang.

    BalasPadam
  6. Salam Mr Abu Muaz..:)
    Moga kecewa terubat jua nanti bila ank pokok pinang yang ditanam membesar...!

    BalasPadam
  7. Bagus !

    saya tambah ... selain itu, kegunaan pinang ialah dpt memutihkan gigi yang kuning ( bagi perokok or yg suka minum kopi)

    caranya..

    keringkan buah pinang and tumbuk halus, gosok pada gigi .

    BalasPadam
  8. Salam Abu Muaz. Mat saleh panggil Pulau Pinang, Penang sepatutnya Areca Nut Island. Tetapi kita ikut je sampai sekarang pasal masa tu kita anggap Mat Saleh lebih teror daripada kita... Nasib baik mereka sebut Kota dengan betul, jika tidak kena pelempang sebijik...

    BalasPadam
  9. abah,rumah CC banyak pinang.
    moyang siap jeruk lagi makan ngn sireh.
    dan baunya perghhh....xsanggup

    BalasPadam
  10. salam..

    elok la ditanam kembali pokok pinang tu...sekarang ni pun ada yg dah tak kenal pokok pinang.

    BalasPadam
  11. Salam. Ingat masa arwah Wa (nenek kpd nenek). Masa tu kecik lagi. Dia sering kutip pinang untuk dijeruk di dalam tempayan. Kita orang selalu curi buah pinang tu. Nak buat........sebab baunya yg busuk.

    BalasPadam
  12. salam...

    dah lama tak tengok buah pinang ni
    dulu2 masa kecik
    tok wan makan sirih
    jadi, kena la tukang buang kulit
    tukang kacip
    tukang robek sirih
    heeeeeeeeeeeee

    sekarang tok wan dah tak ada
    mak ayah dah tak makan sireh
    so,
    dah susah nak jumpa
    anak2 sekarang entah kenal ke tak buah ni

    BalasPadam
  13. usah diturut rasa kecewa
    kelak akan tumbuh semula
    membesar di depan mata
    untuk kenangan di hari tua

    t.kasih info pasal pokok pinang dan buahnya.

    BalasPadam
  14. pokok pinang boleh dijadikan sebagai landscape juga.

    BalasPadam
  15. Salam A.Muaz... terkenang masa nekcun kecik-kecik dulu, main tarik-tarik sampan atas upeh daun pinang... bebudak sekarang dah tak pernah nampak permainan sebegitu... hehehe...

    BalasPadam
  16. nama kg CP, kg Sepinang..

    org dulu2 kata, masa memula kg ni dibuka, hanya ada sebatang je pokok pinang..

    tapi masa CP kecik2 dulu, tgk berlambak2 gak pokok pinang..

    tapi dah org tua kabor mcm tu, percaya je lah

    BalasPadam
  17. upih pinang bolih dibuat timba....ingat masa kecil2 dulu arwah ayah tolong mandikan saya kat telaga....sejuk airnya.....

    BalasPadam