Pengikut

Selasa, 18 Mei 2010

kenapa ustazah..............

sudah lama aku tidak membebel.... bila aku membaca blog sekamar rindu mengenai ustazah sedang melakukan hubungan kelamin !!!!!!

melakukan seks bebas adalah perkara yang sangat terlarang. bila Allah sudah melarang mendekati zina mestilah ada hikmat tersembunyi dalam larangan tersebut.

seks bebas ada padahnya ....... antaranya ia mengundang penyakit dan kemiskinan.

bukan aku kata tetapi nabi bersabda dalam satu hadis yang dicatat oleh (Ahmad,Ibn Hibban dan alhakim)

apa nabi kita kata:

"wahai muslimin, jauhilah zina kerana perlakuan itu mendatangkan tiga keburukan iaitu tiga di dunia dan tiga di akhirat. Tiga di dunia itu ialah hilangnya seri diwajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat adalah murka Allah, hisab yang buruk dan azab neraka".

kita melihat tiap hari ada berita pembuangan anak, lahirkan anak dalam tandas klinik, lahir anak di pusat latihan khidmat negara, anak diletak ditangga surau dan pelbagai berita keluar dimedia.

budaya apa yang melanda kita ini? kalau di amerika hampir sejuta remaja bawah umur 20 tahun mengandung tiap tahun. maknanya apa? ia bermakna tiap hari hampir 2,800 remaja belasan tahun mengandung di luar nikah di USA.

berapa kos amerika kena tanggung untuk tanggani masalah ini.... mencecah 7 bilion dolar setiap tahun.

banyak lagi statistik yang aku perolehi .... di Britain juga cukup gila budaya seks bebas ini.

aku tidak mahu menghentam membabi buta ustazah itu, kerana ramai lagi orang turut terlibat.

cukuplah aku akhiri coretan merapu dan bodoh aku ini dengan satu pesanan nabi kita

"Dan tidaklah zahir perbuatan zina secara terang-terangan dalam sesuatu kaum melainkan akan merebak dalam kaum itu wabak dan penyakit yang tidak pernah dikenali oleh datuk nenek moyang mereka sebelum ini".... riwayat oleh ibn majah, albaihaqi dan albazzar.

16 ulasan:

  1. salam,

    hmmmmmmmmmmm...
    tak akan berhenti setan itu dalam menghasut anak2 adam supaya bersama2nya kedalam neraka,
    itu janji setan.

    kenapa ustazah?

    wallahualam...

    BalasPadam
  2. salam pak cik,

    sedih tak terkata bile baca berita tu tadi..title ustazah dan ustazah semakin senang diperkotak katikkan bile ade golongan ini sendiri yg tersilap langkah..

    semoga Allah sntiasa menunjukkan kita semua jalan yg benar n diredhai.

    BalasPadam
  3. salam,

    nafsu serakah tak kenal sape..

    BalasPadam
  4. salam.. huuhuu berat sungguh huhuhu sedih kawe sero sebagai warga pendidik...

    "Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMU yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia." (petiakan doa daripada Tok Guru kita

    BalasPadam
  5. abu muaz

    tak nak cakap pasal ustazah tu
    sebab menyampah

    tapi nak cakap pasal header abu muaz tu... wah nampak romantis sekali..

    BalasPadam
  6. salam....tuan,

    Ustazah pun bikin film porno jugak. Bodohnya pelakon ni.. tak dapat duit…sedapnya pun tak berapa lama. Jauh hanyutnya rakyat Malaysia sekarang ni.

    Ustazah FAIL dengan dugaan nafsu seknya..! Nak berkat macamana pelajaran yang diajar kalau yang ustazahnya bergelumang dengan dosa?

    BalasPadam
  7. tidak terkata
    semoga dosa diampun olehNya yang Esa...

    BalasPadam
  8. santapan rohani:

    HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

    Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya) .Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

    Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

    Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

    Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah
    memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

    Wallahua'lam


    SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
    ---------------------------------------------------

    Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

    1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

    2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

    3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

    "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

    Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

    CUAI SOLAT LIMA WAKTU
    -----------------------------------------

    Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya
    sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

    PEMINUM ARAK
    -------------------------

    Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu ditengkuk dan ditangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk(bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.

    ...bersambung...

    BalasPadam
  9. ...sambungan...


    MENGKIANATI HARTA
    -----------------------------------

    Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepada mereka supaya main-yelam
    semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.

    AZAB BAGI YANG KEDEKUT
    -------------------------------------------

    Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada di-sedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

    SAKSI BOHONG
    ------------------------

    Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

    MENGUMPAT
    ---------------------

    Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Didalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.

    Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

    Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

    Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah
    balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlahtaubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita.

    Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.

    Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

    Wallahua'lam.

    ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  10. Ustazah mana lak ni..ada no hp beliau tak?..

    BalasPadam
  11. cantiknya gambo header baru tu..

    BalasPadam
  12. ada gak terbaca.. siap ternganga mulut lagik, pd sapa kita nk percaya lagi.. aduiii

    BalasPadam
  13. gitu le kalo dah hilang sifat pemalu.....mula2 malu2, lepas tu habis segalanya....bodoh benar le ustazah tu yak......

    BalasPadam
  14. terima kasih atas semua pandangan yang diberikan.
    apa pun suasana persekitaran kita sudah tidak selamat lagi.kita kena kembali kepada peraturan hidup yang telah ditetapkan oleh pencipta kita.

    BalasPadam
  15. dunia menuju ke akhir zaman..berbagai perkara keji makin berleluasa..amat mmalukan..Muga Allah lindungi kita dr perbuatan keji..

    BalasPadam