Pengikut

Jumaat, 28 Mei 2010

selamat pengantin baru... moga selamat dunia dan akhirat

Hari ini bermulalah episod menghadiri jemputan majlis-majlis perkahwinan. Isteri sudah menulisnya satu persatu di papan kenyataan.....

Rancangan perjalanan ke majlis-majlis tersebut pun sudah beres. Hadiah - hadiah pun sudah siap berbalut.... semangat sungguh isteri aku niii.....

Ada juga jemputan dari rakan anak-anak yang akan menamatkan zaman bujang mereka. Tahniah.... cuma bila pula giliran aku untuk menerima menantu!!!!!

Untuk itu semua aku ingin berpesan bahawa manusia ini dijadikan Allah dari empat unsur iaitu tanah,air,api dan angin.

Aku menulis ini mengenai wanita yang bersifat seperti tanah.
Tanah yang baik sudah tentu mempunyai pelbagai pemandangan yang indah. Ia bersih,tenang dan selamat untuk digunakan.Tanah yang baik adalah tanah yang subur,lembut dan gebu dan bentuknya seperti hamparan. tanah inilah yang sesuai untuk bercucuk tanam.

Wanita yang bersifat seperti tanah itu
* merendah diri di hadapan suami, hormat,patuh dan taat.
*tidak cerewet,tidak meninggikan suara atau mengherdik suaminya.
*tenang dan mangamankan jiwa suami
*sanggup menanggung kesusahan hamil, melahir, membesar dan mendidik anak menjadi manusia berguna
*sedia untuk mendedah keindahan zahir batinnya hanya untuk suami yang empunya tanah.
*bersih dan kemas,wangi,manis wajahnya dan lemah lembut , gebu kulitnya kerana sentiasa menjaga kecantikan untuk suaminya.

Selamat menamatkan zaman bujang moga anda semua bakal menjadi suami dan isteri yang terbaik. Gunakanlah kebijaksanaan dalam memilih sifat alam yang baik agar ia menjadi petua berguna dalam melayari kehidupan berumahtangga ini.

16 ulasan:

  1. Salam,
    jangan lupa pesan org lama-lama... ilmu yg dipelajari tu kena amal... insyaAllah bahagia r/tangga... bila tiba musimnya rasa mcm pengantin baru pulak...

    BalasPadam
  2. salam cikgu. ia ke rasa begitu? jangan orang sbelah datang perasaan lain susah nanti cikgu.

    BalasPadam
  3. Kepada bakal2 pengantin..

    selamat pengantin baru. Binalah rumah tangga dengan ilmu dan amal. Semoga berpanjangan jodoh ke akhir hayat dan sentiasa hidup dalam berkasih sayang. selisih faham adalah asam garam rumahtangga, tapi janganlah sampai ianya mengakibatkan retak dan belah...

    BalasPadam
  4. saya arap saya pon dapat jadi tanah yang baik,elok....

    BalasPadam
  5. Salam en Abu Muaz..

    Seronok kalau dapat menjadi pengantin baru semula..

    BalasPadam
  6. salam..

    Jika dtg bercuti ke Perak jemputlah dtg ke kenduri kawen saya 12/6/2010 ni..

    selamat pengantin baru kepada semua bakal2 raja sehari.

    BalasPadam
  7. bagus petua untuk siisteri tu.....suami??

    BalasPadam
  8. salam..

    selamat pengantin baru bagi yg akan mendirikan rumah tangga.
    bila lak nak jadi pengantin lagi nih, hehehe..
    opsss...

    BalasPadam
  9. kakcikseroja :t.kasih kakcik.... dengarlah nasihat orang lama

    BalasPadam
  10. blueCITY :ya bila lagi!!!bilaaa.....

    BalasPadam
  11. a kl citizen: satu persatu cikgu.

    BalasPadam
  12. fadzilah:t.kasih atas undangan ini...insyaAllah.Perak kat mana cikgu?

    BalasPadam
  13. JP rafflesia :insyaAllah dan banyak berdoa.

    BalasPadam
  14. Salam,

    Bagi pasangan yang baru melaluinya...... sure happy sebab masih bersemangat untuk melalui pelbagai pengalaman baru.

    Bagi kita yang telah lama berada di alam rumah tangga.....kita selalu memikirkan tentang amanah dan tanggung jawab...... semuanya perlu dilakukan dengan baik kerana masa berlalu....setiap perbuatan yang baik atau salah....hasilnya sure akan kelihatan terhadap kehidupan anak-anak.......

    Suami atau isteri adalah teman hari muda dan tua kita....dan anak-anak adalah permata hati ibubapa.

    BalasPadam
  15. chekdenoor : salam .... t.kasih sudi singgah. Lama tak jumpa...benar sekali coretan tu.

    BalasPadam