Pengikut

Ahad, 23 Mei 2010

ayat judi tiada dalam quran?????????

lepas solat subuh tadi sempat membaca satu ayat dalam surah albaqarah (ayat 121).

maksud ayat tersebut:

"Dan mereka yang kami berikan kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar, mereka itulah yang beriman dengannya.Sesiapa yang engkar terhadapnya, mereka itulah orang-orang yang rugi".

apakah makna "membaca Kitab dengan bacaan yang sebenarnya".

Sahabat Abdullah bin Masud mengatakan : "Demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang sebenar adalah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya, dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya secara yang tidak betul."

moga-moga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bertegas dalam menentang keputusan membenarkan lesen judi pada bola piala dunia nanti.

moga-moga para mufti bangkit sama membantah perkara yang bercanggah dengan arahan Allah ini.

janganlah pula ada nanti yang berkata ayat judi adalah HARAM tiada di dalam alquran.......

7 ulasan:

  1. Itulah bahananya apabila pemimpin yang dipilih meletakkan Islam dan Quran di kepala lutut...membuat peraturan mengikut nafsu..

    BalasPadam
  2. salam...tuan,

    pemerintah yg baik akan mendengar bantahan rakyat...

    BalasPadam
  3. doh tak baca mana nok jumpe

    tok imang dioghe hok bace pong tok brani bagi tahu ade ke dok susoh laa

    BalasPadam
  4. salam...

    tak pernah sekali pun bersetuju dgn kerajaan yg halalkan benda2 haram.

    yang halal itu jelas dan yg haram itu jelas.
    tapi makin lama makin ramai yg seolah2 tak kisah halal haram.

    BalasPadam
  5. Salam sdr Abu Muaz..
    itu sebabnya sy mahukan Tuan Guru Nik Aziz menjadi imam saya...menjadi pemimpin sy...

    BalasPadam
  6. heran tul le, mana peranan org2 ulamak, takkan kata ia halal kot

    mrk le patut membantah habis-habisan sbb kita ni camne nak bertindak huhuu

    BalasPadam
  7. "Moga-moga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bertegas dalam menentang keputusan membenarkan lesen judi pada bola piala dunia nanti."

    "Moga-moga para mufti bangkit sama membantah perkara yang bercanggah dengan arahan Allah ini."

    Tegas Menteri di JPM hanya dalam hal-hal yang bersangkut dengan pembangkang dan logo Halal.

    berdasar kepada keadaan semasa, para Mufti tampaknya hanya bangkit tidur sahaja!

    BalasPadam