Barat telah menyaksikan kegilaan jantina yang membimbangkan baik di dunia pakaian dan persolekan atau di dunia tulisan dan filem ataupun dalam kenyataan hidup sehari-hari di dalam pelbagai lapangan.
Mungkin kini perkara yang paling penting kepada seseorang individu ialah jantina, pemuasannya akan menjadi matlamat dan cita-cita hidup yang tertinggi bagi kebanyakan orang.
Jantina tidak lagi dikira sebagai hubungan persentuhan antara suami dan isteri atau antara seorang lelaki dan seorang perempuan, bahkan ia akan meluas mencakupi bidang-bidang seni dan menjadi alat pembangkit nafsu syahwat.
Jantina nantinya akan menjadi seperti makanan yang beranika rupa dan rasa, beranika rempah ratus yang tidak lagi tunduk kepada perasaan atau keinginan disamping membebaskan diri dari adat dan tradisi.
Kita hari ini adalah sangat mustahil dapat pergi ke sesebuah bandar tanpa terdedah kepada serangan jantina yang berupa iklan di dalam pelbagai ukuran,kulit-kulit majalah, isi majalah bergambar yang melampau, filem-filem wayang, gambar-gambar yang dipamer di pintu-pintu kelab malam dan ribuan gadis dan wanita yang berpakaian yang suatu ketika dulu dianggap kurang sopan?
Homesexual. lesbian,kahwin percubaan,cinta sebelum kahwin, kelab untuk orang orang luar biasa, rumah-rumah urut, bar-bar, kelab telanjang menjadi lambang keunggulan kepada kebanyakan manusia di seluruh dunia kini.
Semua ini telah menjadikan manusia seperti haiwan yang hidup dengan naluri untuk hidup dengan nafsu... dimana dorongan untuk kebaikan tersekat dan tertidur dan dorongan jahat terjaga dan aktif...
....lalu jadilah nafsu syahwat sebagai matalamat tertinggi.
dan layaklah menerima firman Allah ini.
..Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)"
ayat 25 alfurqan.
salam rodong.....cantik gambar kat atas tu ye...
BalasPadamdunia sekarang kan.....semua dah xmacam dulu...agama di ketepikan...
BalasPadamkomen cikgu Jang ada betulnya,
BalasPadamkalau dapat lihat laut dan pokok kelapa alangkah damainya,
hidup zaman sekarang dah terbalik kot adanya,
perempuan dieksploitasi secara terhormat dan sukarela.
salam....
BalasPadamdi barat nilai moral dan agamanya sudah hilang..
di malaysia pun mcm nak nak terhakis juga
assalam.. moga kita akan sntiasa perlihara teguh keimanan hendaknya
BalasPadamangkara kapir sume neh
BalasPadam