Pengikut

Isnin, 14 Februari 2011

lanun Somalia je yang jahat!!!!

Semalam ada artikel diakhbar mengenai Lanun Somalia.
Diceritakan mengenai kehidupan mewah para lanun yang melanun kapal dagang di Teluk Aden.

Wang ringgit telah mengelabukan kehidupan para lanun ini.
Mereka yang terlibat dengan kegiatan ini hidup dikelilingi kemewahan, wanita cantik dan seumpamnya.

Lanun Somalia hidup mewah.
Ada pelbagai lanun di dunia ini cuma yang di Somalia ini digembar gemburkan.

Ada lanun yang merompak wang rakyat, bila lanun ini hilang kuasa baru terbongkar semuanya.
Ada kata lanun ini memiliki berbillion ringgit.
Lanun ini dikhabarkan akan tinggal di Britain.

Dulu ada lanun juga di Indonesia.
Banyak harta negara jadi miliknya.

Lanun di Iran suatu waktu dulu lagi ganas/
Tandas untuk lanun ini buang air besar dikatakan dibuat daripoada emas.

Ada lanun yang merompak wang royalti dijadikan wang ihsan.
Ada lanun yang merompak dengan pelbagai projek ciptaan .
Pendek kata ada pelbagai kategori lanun di dunia ini.

4 ulasan:

  1. setuju .. memang banyak kategori lanun dalam dunia ini.

    ada lanun kolar biru dan ada lanun kolar putih. yang somalia tu rasanya lanun kolar biru.

    yang kolar putih selalunya terlepas. yang terjerat tu pun sebab tersalah kem.

    BalasPadam
  2. Lanun yang bijak sahaja yang akan terselamat. Haish, catatan tuan ini menggerunkan saya. Betapa tidak, terfikir juga ramai benar lanun di luar sana...

    BalasPadam
  3. jangan terlupa lanun dalam diri kita. dia lanun masa kita yang sepatunya di guna untuk buat amal dengan tuhan

    BalasPadam
  4. salam....takut pula dengar lanun2 neh....;-(

    BalasPadam