Semalam bersembang dengan beberapa orang remaja. Ada baru lepasan SPM tahun lalu, ada yang dah lama menganggur.
Mengadu tiada kerja . Hairan juga aku melihat motorsikal yang ditunggang masih baru. Berkilat-kilat macam baru keluar kedai.
Aku cuma memberi nasihat .....
jika kamu semua susah tiada berwang sebenarnya kesilapan adalah dari diri kamu sendiri. Allah jadikan kita semua ini sama.
Kalau tiada pekerjaan yang silap adalah kamu juga.
Dalam dunia ini pekerjaan sebenarnya lebih banyak dari manusia.
Bila kita mengadu tiada pekerjaan selalunya bukan kerja tiada tetapi kemahuan membuatnya atau kita memandang kerja itu tidak setaraf hidup dan pelajaran kita.
Orang yang tiada pekerjaan itu bersebab dari dalam diri sendiri bukan dari dunia sekelilingnya. Banyak penyakit-penyakit jiwa yang menyebabkan kita tiada pekerjaan.
Kalau kamu terus-terusan begini ingatlah bahawa kamu sebenarnya bukan saja membebankan diri malah kepada masyarakat dan dunia seluruhnya.
Cuma satu pesanan untuk mereka walau tiada berwang sekali pun janganlah terlibat menjual pil kuda atau sebarang dadah yang pastinya akan menjahamkan terus hidup kamu.
Semoga jumpa lagi ..... wahai anak-anak ,... kamu adalah pemimpin masa depan.
Pengikut
Sabtu, 30 April 2011
Jumaat, 29 April 2011
moga rohmu aman di sana...
Semalam menghadiri majlis pengkebumian jenazah seorang jiranku. Telah berusia 72 tahun. Pernah bertugas sebagai seorang imam, seorang guru silat dan ketua masyarakat. Ramai rakan taulan menghadiri majlis tersebut.
Mempunyai anak seramai 13 orang. Beliau berjaya mendidik anak-anaknya menjadi manusia yang baik. Jenazahnya semalam diimamkan oleh anak beliau.
Sebelum tidur semalam aku bertanya pada isteri, bagaimana kita pula akan hadapi malam pertama di alam barzah?
Dunia ini akhirnya makin kehilangan orang yang baik-baik.
Moga rohnya ditempatkan dalam taman roh orang-orang yang beriman. Amin.
Rabu, 27 April 2011
Isnin, 25 April 2011
lensa kenyalang......
Hampir seminggu berada di Sarawak baru-baru ini banyak meninggalkan kenangan manis. Keramahan penduduknya yang sentiasa memberi salam ketika bersua sangat menarik. Kadangkala terasa malu pula, bila kita dihulur tangan terlebih dahulu oleh orang yang lebih muda dari kita.
lensa bumi kenyalang.....
pelajar sekolah dan orang ramai menunggu giliran....
antara buah yang dijual... buah pedada (tepat namanya diberi kali pertama aku lihat)
gerai menjual pelbagai ikan....
pelbagai hasil jualan dari peniaga Indon... boleh rambang mata jadinya.
beli-beli juga jangan terbeli yang terlarang .... abang-abang kastam setia menanti
rakaman kawasan pilihanraya ... jalan baru diturap tuuu....
rehat jap ... mandi Airterjun Ranchan ... kawasan rekreasi ... air terjun masih putih bersih mungkin para pembalak belum berminat untuk menerokainya lagi buat masa ini.
memancing udang galah di jambatan Satok... bersama pemancing tegar di situ.
buah tangan untuk anak, isteri yang dah agak lama ditinggalkan... apalagi kalau bukan keklapis Dayang Salhah
bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di belakang.... tempat perebutan kuasa.
Rabu, 20 April 2011
ais cendol pulut kak nik......
Seseorang yang waras tidak akan menjual maruahnya demi untuk mendapatkan wang tetapi ia mesti sanggup bekerja untuk menyara hidupnya.
Ramai orang yang terpelajar menganggap bekerja dengan menggunakan tulang empat kerat itu boleh menjatuhkan kehormatan.
Mereka lebih rela tidur dengan sekeping ijazahnya. Dalam zaman yang serba mencabar ini tiada sebab ia perlu merasa malu memakai pakaian sederhana atau comot. Walau bagaimana pun keadaannya hidup mesti diteruskan , bekerjalah samada di pasar, di atas kaki lima, dipinggir jalan atau di mana sekali pun.
Ramai orang yang terpelajar menganggap bekerja dengan menggunakan tulang empat kerat itu boleh menjatuhkan kehormatan.
Mereka lebih rela tidur dengan sekeping ijazahnya. Dalam zaman yang serba mencabar ini tiada sebab ia perlu merasa malu memakai pakaian sederhana atau comot. Walau bagaimana pun keadaannya hidup mesti diteruskan , bekerjalah samada di pasar, di atas kaki lima, dipinggir jalan atau di mana sekali pun.
Selasa, 19 April 2011
rezeki mesti halal.....
Antara tempat yang sempat dilawati ketika berada di bumi kenyalang ..... Institut Pendidikan Guru Kota Samarahan tempat melahirkan para pendidik.
Tiba di sini sudah jam 2 lebih .... orang sudah selesai solat jumaat. Masjidnya bersih , kemas dan sangat terurus. Tiada sejadah merata tempat , tersusun kemas.
di hadapan pusat pengajian islam
Inilah suasana bilik air ..... juga bersih dan aku serta beberapa rakan lain percaya bahawa penjaga masjid ini mesti seorang yang rajin.
Inilah orangnya .... namanya pula aku lupa. Orangnya peramah. Aku dimaklumkan bahawa dia seorang saja yang bertugas untuk menjaga kebersihan masjid.
Apa saja pekerjaan kita yang penting mesti beramanah dan tahu menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
Tahniah pakcik .... keikhlasan kita hanya Allah yang tahu tetapi manusia juga dapat menilainya bila melihat dengan mata hati.
Bekerja dengan jujur ..... memperolehi pendapatan yang bersih ..... bahagialah rumahtangga. Kebahgiaan itu bukan diukur dengan wang ringgit semata.
Isnin, 18 April 2011
mood hilang....
Salam. Masa on komputer ni bukan main bersemangat nak mencoret catatan perjalanan ke Sarawak.
Bila mula mengadapnya jadi malas pula.
Maaflah tunggu mood datang kembali.
Sorri, berbanyak sori dipinta.
Bila mula mengadapnya jadi malas pula.
Maaflah tunggu mood datang kembali.
Sorri, berbanyak sori dipinta.
Ahad, 17 April 2011
saaaayangg abang
Jumaat, 15 April 2011
esok 16 april...
Penduduk Sarawak dalam menghadapi pilihanraya negeri yang akan berlangsung esok sangat relax. Pengalaman sudah hampir seminggu di sini sangat menarik. Banyak perkara menarik berlaku.
Semalam kesilapan maklumat menyebabkan aku tersasar dari kampung yang sepatutnya dilawati.
Main redah je akhirnya memasuki satu kampung lebih kurang 60 km dari Kucing.
Tak sempat nak turun dari kereta sudah diterkam empat ekor anjing. Apa lagi cabut la.
Satu perkara yang masih aku ingat dari perbualan disebuah kampung pendalaman semalam ialah pemimpin-pemimpin senang lenang, kami baju pun tak pakai.
Khamis, 14 April 2011
perubahan ....
Sudah 3 hari di Sarawak. Maaf tak sempat nak siar lagi gambar-gambar suasana kempen pilihanraya Sarawak.
Apapun suasana tidaklah sepanas pilihanraya di semenanjung. Poster-poster tidak sebanyak semenanjung.
Polis pun nampak tenang taklah sesibuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan beberapa tempat lain.
Mungkin akan berlaku kejutan bila ramai orang sudah pandai berkata-kata perlu berubah.
Kita sama - sama nantikan 16 April.
Isnin, 11 April 2011
datang jak Sarawak...
sudah dua, tiga malam tak lena tidur.
kena pergi, kena pergi juga,
aku nak tengok sendiri bagaimana orang Sarawak berpolitik
esok aku akan ke sana.....
tunggu Bujang Senang..... Penyu akan bertandang ketempat tuan.
kena pergi, kena pergi juga,
aku nak tengok sendiri bagaimana orang Sarawak berpolitik
esok aku akan ke sana.....
tunggu Bujang Senang..... Penyu akan bertandang ketempat tuan.
Ahad, 10 April 2011
hidup dan kehidupan...
Assalamualaikum . Mungkin ada antara teman-teman mayaku yang kembali istirehat selepas solat subuh tadi. Maklumlah hari ini cuti mingguan. Selamat berehat bersama anak, isteri serta suami tercinta.
Mengekalkan kebahgiaan berumahtangga sudah tentulah memerlukan badan yang sihat serta bijaksana dalam mengurusnya. Saya rasa tidak payah saya menguatkan lagi betapa besar kehendak manusia kepada badan yang sihat dan otak yang siuman untuk melayari bahtera kehidupan ini.
Menjaga kesihatan badan dan otak bukanlah bererti kita sentiasa perlu makan telor ayam tiap-tiap hari atau tidur sepanjang masa. Orang dahulu kala yang berjaya hidup sihat ialah orang-orang yang mungkin berpeluang mengikuti suatu cara hidup yang betul dan sesuai dengan kehendak tabie.
Samada semua itu mereka pelajari atau secara kebetulan saja kita tidak mengetahuinya, tetapi sudah tentulah cara hidup mereka itu menjadi rahsia yang jarang diketahui dan amat baik untuk diteladani.
Dalam hidup mereka terkandung pelbagai amalan dan petua yang sangat kita hajati untuk meneruskan kehidupan yang betul dan sesuai dengan kehendak tabie.
Mengekalkan kebahgiaan berumahtangga sudah tentulah memerlukan badan yang sihat serta bijaksana dalam mengurusnya. Saya rasa tidak payah saya menguatkan lagi betapa besar kehendak manusia kepada badan yang sihat dan otak yang siuman untuk melayari bahtera kehidupan ini.
Menjaga kesihatan badan dan otak bukanlah bererti kita sentiasa perlu makan telor ayam tiap-tiap hari atau tidur sepanjang masa. Orang dahulu kala yang berjaya hidup sihat ialah orang-orang yang mungkin berpeluang mengikuti suatu cara hidup yang betul dan sesuai dengan kehendak tabie.
Samada semua itu mereka pelajari atau secara kebetulan saja kita tidak mengetahuinya, tetapi sudah tentulah cara hidup mereka itu menjadi rahsia yang jarang diketahui dan amat baik untuk diteladani.
Dalam hidup mereka terkandung pelbagai amalan dan petua yang sangat kita hajati untuk meneruskan kehidupan yang betul dan sesuai dengan kehendak tabie.
Sabtu, 9 April 2011
wang.....
Salam semua . Sudah empat bulan kita berada dalam tahun 2011. Pelbagai peristiwa suka dan duka telah ditempuhi. Kepada yang terluka, diluka tabahkan hati menghadapi itu semua.
Jika kita memandang sekeliling kita akan dapati orang ramai menimbunkan wang mereka dari pelbagai punca. Maka tuan-tuan pun mesti mempelajari ilmu yang ada pada mereka itu.
Janganlah berjalan dengan mata dan telinga yang tertutup. pandang cermat-cermat apa orang lain buat dan bagaimana mereka membuat wang.
Benar, ada antara mereka yang melakukan perbuatan keji untuk mendapat wang tetapi jangan diikut perbuatan yang keji itu.
Marilah kita menyinsing lengan dan terjun ke dalam dunia wang. Kita bekerja untuk wang, dan menghambakan diri untuk wang.
Hari ini kerana wang orang sanggup mencipta telur palsu.
Orang sanggup mencipta filem lucah.
Orang sanggup membakar orang.
Orang sanggup buat apa saja untuk wang.
wang, wang, wang .....
menyebabkan orang lebih ganas dari beruang.
Jumaat, 8 April 2011
benar lawannya .....
Ya Allah, perlihatkan kepadaku kebenaran itu sebagai kebenaran dan berilah kekuatan kepadaku untuk mengikutinya, dan perlihatkanlah pula kepadaku yang batil itu sebagai kebatilan dan berilah kemampuan bagiku untuk menghindarinya".
Moga doa ini menjadi ubat kepada duka yang sentiasa mengiringi kehidupan kita yang penuh dengan masalah.
Yang pasti kebenaran dan kebatilan akan sentiasa bertembung.
Sebab itulah Allah jadikan sesuatu itu berpasang-pasang.
Benar lawannya mestilah BATIL.
Rabu, 6 April 2011
ombak ......
kalau takut dilambung ombak usah berumah di tepi pantai.
itu mungkin ungkapan dahulu kerana ombak sekarang sudah menjangkau 10 meter ketinggian dan sudah mampu meredah berkilo meter ke daratan.
Selasa, 5 April 2011
ohhh serabutnya .....
Melihat tajuk kebanyakan akhbar hari ini menyesakkan nafas. Hendak ke mana sebenarnya masyarakat kita ? Pemikiran rakyat diasak dari pelbagai sudut. Anak - anak kecil sibuk bertanya itu dan ini? Serba salah kita !!!! Penyebaran video ..... gambar-gambar yang disusun atur dengan maksud tertentu.... yang kepastiannya belum jelas. Kenapa semua ini dibenarkan? serabutnya aku ..... dijebak dan terjebak.
Langgan:
Catatan (Atom)