Pengikut

Selasa, 19 April 2011

rezeki mesti halal.....



Antara tempat yang sempat dilawati ketika berada di bumi kenyalang ..... Institut Pendidikan Guru Kota Samarahan tempat melahirkan para pendidik.


Tiba di sini sudah jam 2 lebih .... orang sudah selesai solat jumaat. Masjidnya bersih , kemas dan sangat terurus. Tiada sejadah merata tempat , tersusun kemas.



di hadapan pusat pengajian islam


Inilah suasana bilik air ..... juga bersih dan aku serta beberapa rakan lain percaya bahawa penjaga masjid ini mesti seorang yang rajin.



Inilah orangnya .... namanya pula aku lupa. Orangnya peramah. Aku dimaklumkan bahawa dia seorang saja yang bertugas untuk menjaga kebersihan masjid.

Apa saja pekerjaan kita yang penting mesti beramanah dan tahu menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Tahniah pakcik .... keikhlasan kita hanya Allah yang tahu tetapi manusia juga dapat menilainya bila melihat dengan mata hati.

Bekerja dengan jujur ..... memperolehi pendapatan yang bersih ..... bahagialah rumahtangga. Kebahgiaan itu bukan diukur dengan wang ringgit semata.

1 ulasan:

  1. setuju....

    buat kerja apa pun mestilah ikhlas kerana Allah...dan pasti rezeki pun bertambah....biarpun sedikit nilainya..tetapi keikhlsan hati yg penting...;-)

    BalasPadam