Pengikut

Rabu, 20 April 2011

ais cendol pulut kak nik......

Seseorang yang waras tidak akan menjual maruahnya demi untuk mendapatkan wang tetapi ia mesti sanggup bekerja untuk menyara hidupnya.


Ramai orang yang terpelajar menganggap bekerja dengan menggunakan tulang empat kerat itu boleh menjatuhkan kehormatan.
Mereka lebih rela tidur dengan sekeping ijazahnya. Dalam zaman yang serba mencabar ini tiada sebab ia perlu merasa malu memakai pakaian sederhana atau comot. Walau bagaimana pun keadaannya hidup mesti diteruskan , bekerjalah samada di pasar, di atas kaki lima, dipinggir jalan atau di mana sekali pun.


aku singgah di gerai minuman ais cendol pulut di Kota Samarahan, Sarawak.
pembantu gerai tersebut isteri anggota tentera yang bertugas di sana.
seronok mendengar kisahnya berniaga .... sewa tapak seringgit sehari itu membolehkan beliau mencari sesuap nasi di situ.


gerainya terletak di hadapan asrama UNIMAS.... rezekinya di situ.
sesiapa yang berkunjung ke sini sila singgah.

Bangga melihat kaum sebangsaku berani menyahut cabaran .... dan memanglah 9/10 rezeki itu dari perniagaan.

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Abu Muaz

    Lama dah tak makan pulut dengan cendol

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...

    di mana2 pun boleh mencari rezeki yang halal kan..

    baru ja semalam makan cendol....;-)

    BalasPadam