Pengikut

Rabu, 10 Ogos 2011

rintihan seorang anak ...

seminggu sebelum tiba bulan Ramadhan yang lalu abang iparku kehilangan isterinya yang tercinta.
meninggalkan dua orang anak , satu lelaki dan satu perempuan , semuanya sedang meningkat remaja.

kehilangan seorang isteri buat selama-lamanya .....
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang ...
kita hanya hambanya ...
dan sudah tentu menerima semua ini dengan hati yang tenang...

tapi bagi anak-anak , kehilangan seorang ibu sudah tentu suatu yang menyedihkan ...

dua hari lepas ketika aku pulang ke rumah, aku melihat anak ketujuhku sedang menangis di hadapan laptopnya...
anakku ini berusia 14 tahun ...

aku menghampiri dan mengusap rambutnya , bertanya kenapa?
lihat ini ayah, kata anakku sambil menangis...http://bluffingyawn.blogspot.com/ ....

aku membaca coretan tersebut....
dan fahamlah apa yang ditangisi olehnya,

bagi kita yang masih mempunyai ibu dan bapa berbaktilah pada mereka,
selagi hayat mereka masih berbaki di dunia ini.

jangan tangisi selepas pemergian mereka,
sesal kemudian hingga mengalir air mata darah pun sudah tidak berguna lagi.



buat abang iparku moga roh isterinya aman di sana, insyaAllah.

8 ulasan:

  1. sediihnya..

    dah baca blog tu...terkedu xtau nak kata apa..sedih bila kehilangan orang2 yang kita sayangi kan..

    nak berbakti dan hargai ibu bapa selagi mereka masih hidup...

    al-fatihah...

    BalasPadam
  2. ya.. kelihatan ibu lebih trajis berbanding kehilangan isteri..

    BalasPadam
  3. semoga rohnya di beri rahmat olehNya.

    memang sedih bila kehilangan orang tersayang lebih2 lagi menjelang hari raya.

    BalasPadam
  4. Salam Tuan,
    Semoga isteri ipar tuan ditempatkan bersama orang-orang soleh dan solehah, Amin Amin Amin.

    BalasPadam
  5. Cikguzam :amin,amin insyaAllah

    BalasPadam
  6. al-lavendari: t.kasih atas doa dari tuan untuk roh arwah

    BalasPadam
  7. insan_marhaen: benar sekali IM

    BalasPadam
  8. LA HonEyBuNNy: berbaktilah sementara mereka masih ada

    BalasPadam