Pengikut

Jumaat, 30 September 2011

cam mana ni?

geramnya aku ,,,,,
dah beberapa kali aku nak kecilkan gambar header aku ni....
tak dapat-dapat,

ada sesiapa yang sudi untuk menurunkan ilmu,
silakan,

Rabu, 28 September 2011

jom gohek ...

semalam jam 6.00 pagi aku bergohek (mengayuh makna dalam loghat teranung)..... mengelilingi bandar kuala terengganu...

angin pun dah rasa sejuk ...
musim tengkujuh sudah bermula ...




suasana pagi di pasar payang ... para peniaga sudah mulakan operasi perniagaan mereka.

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah gah berdiri .... mampu tersenyum lebar pada rakan stadiumnya yang bumbungnya runtuh tak terbaiki lagi hingga hari ini ...

jalan menghala ke kg cina ... masih sunyi ... penghuninya masih dibuai mimpi.

Dataran Shah bandar .... jalan menuju pasar payang dan jeti untuk ke pulau redang dan pulau perhentian.

berek polis kuala terengganu .... dengar khabar akan dirobohkan untuk pembinaan baru.

jalan sultan ismail ... masih lagi sunyi dari kesibukan... jam 6.30 pagi ...


semua gambar ini dirakam ketika sedang mengayuh basikal,
banyak lagi gambar yang dirakam tetapi jadi tunggang terbalik ....

apapun badanku terasa sangat segar ,
berpeluh sakang ... (kata orang teranung)

Sabtu, 24 September 2011

merdekakah kita?

bulan merdeka baru saja ditinggalkan,
semua sudah bertempik dan mengibar jalur gemilang,
seolah-olah bila menyanyi dan melaungkan Merdeka tugas kita sudah selesai,

pusara pusara pejuang terdahulu dikunjungi untuk melahir rasa simpati,
barangkali pada tahun lalu tidak ada seorang manusia pun yang menjenguk pusara mereka,
tiada yang ambil peduli.

ramai yang berkokok untuk menunjuk mereka adalah jaguh,
tetapi apakah erti kemerdekaan sebenar?

kemerdekaan yang sebenar hanyalah apabila manusia itu mengabdikan diri kepada Allah swt.,
tidak ada dikalangan manusia berlagak menjadi tuhan,
mencipta dan mengadakan peraturan dan hukum hakam dalam perkara yang tidak diizin Allah.

kezaliman, penindasan dan kekejaman berlaku apabila ada dikalangan manusia berlagak berkuasa.
melaksanakan peraturan mengikut hawa nafsu dan kehendak sendiri,
tanpa mengira halal dan haram,
tanpa mengira betul atau salah,
tanpa mengira adil atau zalim,
tanpa mengira berhak atau tidak,


yang dihitung ialah untuk memuaskan hawa nafsu sahaja.

Jumaat, 23 September 2011

hari tanpa kereta ...






ketika keluar rumah pagi tadi dengan tergesa-gesa menghidupkan motor kapcai ku,
baru je bergerak lebih kurang 10 meter terasa huyung hayang je motor ni,
tengok tayar .... alahai kempis ,
tercucuk apalah pula kali ni,
minggu ni sudah dua kali tiub baru,
satu tiub 8 ringgit , kalilah dua ....


kedai motor semua off hari ni... jumaat holidaylah,
nasib baik ada basikal ...
dari pagi sampai petang aku bergerak dengan basikal MTB hari ini,

bila buka FB baru aku tahu bahawa hari ini 23 sept. adalah hari tanpa kereta,
tiadalah NGO_NGO atau sesiapa saja berkenaan mewarwarkan hari ini,
dan inilah kali pertama aku mendengarnya,

alangkah eloknya kalau masyarakat diberitahu,
kalau tidak mahu menyertai pun tak mengapa,
sekurang-kurangnya perkara baik ini sudah tertanam dalam otak mereka,
mungkin tahun depan mereka tidak berkereta pada hari ini.


tahniah Ketua Polis Daerah JBS (Johor Bahru Selatan) yang menyahut seruan hari tanpa kereta dengan berbasikal bersama 17 anggota dan pegawainya ke pejabat hari ini.
Ketua Polis Daerah JBS, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, mereka berbasikal sejauh 15 kilometer ke pejabat dari kediaman masing-masing.

Khamis, 22 September 2011

sembahyanglah....

hasil bersembang di kedai kopi ....
ramai rupanya orang tak solat,
ada solat 3 waktu sahaja, ada yang empat waktu bahkan ada yang tak solat langsung.

apa dah jadi ?
kenapa jadi begini.... kalau kini kita berusia 50 tahun,
kalau usia kita 63 tahun saja di dunia ini bermakna hanya 13 tahun saja lagi kita hidup,
13 tahun sekejap sahaja sekarang ni,

kalau kita mati dalam keadaan segar bugar dan tidak sembahyang maka kita tidak selamat di dunia dan akhirat ,
gejala ini semakin parah,

meninggalkan solat berlaku di depan mata keluarga sendiri,
perkara meninggalkan solat ini juga berlaku di depan mata pemerintah,

meletakkan kesalahan jalanraya lebih besar dari kesalahan meninggalkan solat,
bila sembahyang diringankan maka manusia pastinya akan mengikut hawa nafsu dan selepas itu mengikut ajaran sesat pula,

sesat dalam mentadbir negara,
dalam ekonomi,
dalam pendidikan,
dan seluruh aspek kehidupan.

hidup jadi sesat dan jauh dari petunjuk Allah.
maka berlakulah perkara yang pelik-pelik dalam hidup kita hari ini.

marilah kita menghitung diri sebelum pintu taubat ditutup,
sebelum nyawa sampai ke halkum,
sebelum matahari naik dari sebelah Barat,

Selasa, 20 September 2011

banyak alasan....

masalah meninggalkan solat memang sudah menjadi kebiasaan hari ini.
pelbagai alasan diberikan.....

sibuk, kotor baju ni, jalan sesak , tiada tempat nak solat,....
pelbagai alasan,

sedarlah beza kita dan haiwan ialah kita ni ada roh dan aqal,
kita ada tujuan dalam hidup,
ada tuntutan atas diri kita,
ada ganjarannya nanti,

janganlah kita termasuk dalam manusia yang leka dengan urusan pemerintahan,
sibuk dengan urusan perniagaan,
leka dengan urusan kehidupan.

kalau kita leka dengan urusan pemerintahan nanti kita akan disoal mana lebih besar pemerintahan kamu dengan kerajaan Nabi Allah Sulaiman?

kalau kita leka dengan urusan harta, nanti kita akan disoal mana banyak harta kamu dengan harta Saidina Usman bin Affan?

kalau kita jenis yang leka pula dengan urusan kehidupan nanti kita disoal pula mana banyak urusan kamu dengan urusan rasul-rasul a.s?

Isnin, 19 September 2011

jom mari kita merdekakan diri....

nyawa, rezeki, roh dan jasad, aqal yang membolehkan kita berfikir,
telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat, degupan jantung,denyutan nadi,
semua itu pemberian Allah,

Allah perintah kita mengadapnya hanya 5 kali saja tiap hari,
adakah dalam masa yang pendek itu kita menjadi liar dan malas untuk mengadapnya?

amalan meninggalkan solat dalam hidup hari ini sudah menjadi perkara biasa.
ibu bapa hanya memerhati dalam perkara makan minum sahaja.
kalau sekadar itu tiada beza kita dengan memelihara binatang ternak.

kalau menjaga anak bagai menjaga haiwan kita sudah lari dari tuntutan sebenar.

janganlah kita leka dengan perniagaan, kebun ,harta dan pelbagai urusan.

janganlah solat yang 5 kali itu hanya dilaksana dengan 4 atau 3 kali saja sehari.
marilah sama-sama kita berubah... dan memerdekakan diri dari menjadi hamba dunia.

solat itu lebih baik dari tidur...
subuh sudah hampir ...

Sabtu, 17 September 2011

berita merdeka...

macam macam berita sambutan hari malaysia,

ada parti liar,
ada merempit suami isteri .... tinggalkan anak 5 bulan pada mertua,

parti liar ini melibatkan para mahasiswa- mahasisiwi , pemimpin masa depan negara,

ada pula sekolah-sekolah diarah tarik diri dari menyertai perbarisan kerana negeri berkenaan diperintah parti berlainan ,

apa makna merdeka ni?

Jumaat, 16 September 2011

selamat hari malaysia...

salam dan Selamat Hari Malaysia .....

walaupun tak berpeluang berada di Dataran Merdeka bersama .... tapi aku tetap menunggu di depan televisyen melihat perbarisan sempena Hari Malaysia ini.

Gagah dan hebatnya para peserta yang terlibat...
tahniah kepada semua yang menjayakannya,
tahniah juga untuk beberapa pengumuman mengejut PM semalam,

pemansuhan akta dracula... ISA, semakan semula beberapa akta,
akta polis, akta mesin cetak,

semua ini adalah perjuangan rakyat,
aku tunggu setelah 54 tahun merdeka,

banyak derita yang telah dialami oleh para keluarga yang ditahan ISA,
para tahanan sendiri yang terpaksa melalui pengalaman mengerikan.

kini aku tunggu pula apa yang akan mengantikan ISA.
tungguuuuuuuuuuuuu....

Khamis, 15 September 2011

samang utusang ....

Mohamad Sabu semalam menyaman akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran satu berita yang didakwa memfitnahnya berhubung isu komunis.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Ianya berikutan laporan muka depan akhbar itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.

sekali sekala kena diajar juga,
lawan mat , lawan untuk kebenaran,

ini bukan zaman penjajahan lagi,
kita sudah bebas,

Rabu, 14 September 2011

thank u ... mat sabu..


ini lagi aku tak tahu,
selama ini ingatkan semuanya elok belaka,

bangganya aku bila melihat keberanian para pahlawan negara,
menentang komunis,

keberanian yang tiada tolak bandingnya,
keberanian anak bangsa tanpa peduli nyawa sendiri,

tapi disebalik itu semua,
indah khabar dari rupa,

kalaulah ia tidak dibangkitkan sehari dua lalu,
ia tetap tinggal jadi sejarah,

terima kasih Mat sabu.

Selasa, 13 September 2011

naungi dan lindungi....

jenuh aku menghafal nama-nama berikut waktu sekolah dahulu,

i. Perak (J.W.W. Birch)
ii. Selangor ( J.G. Davidson)
iii. Negeri Sembilan (Martin Lister)
iv. Pahang (J.P. Rodger)

semua kita kenal ni,
para residen British....

sistem inilah yang memulakan campurtangan British di tanah Melayu.
hafallah kita semua nama dan pelbagai perjanjian yang dibuat dengan sultan - sultan di negeri berkenaan,

bukan mudah nak mengingati semua itu,
tahun bila, nama yang semestinya ganjil buat kita, tempat berlakunya segala peristiwa,


bila sistem residen gagal ada pula residen jeneral,
macam macam hal berlaku,

tetiba sekarang ada orang mengatakan kita tidak pernah dijajah hanya

diNAUNGI DAN DILINDUNGI.....


sampai begitu sekali tahap pengampuannya ....

Ahad, 11 September 2011

perang ahzab .....

Salam syawal...

Ada satu peperangan yang berlaku pada bulan yang mulia ini .... iaitu peperangan Ahzab.
Ada satu surah dalam al quran ... suratul ahzab.
Kita pun bertakbir dengan waha zamal ahzaaaba....


dalam suasana kita menyambut hari raya , seerah nabi s.a.w menunjukkan peristiwa ini penting dalam lipatan sejarah islam.

perang ini telah mendedahkan empat golongan manusia yang perlu menjadi pengajaran buat kita semua.

1. golongan musyrikin- mereka adalah terdiri dari pemimpin pemimpin Mekah yang sangat mengenali peribadi Rasul Allah itu. Mereka gelarnya Al amin. Mereka tidak mahu beriman walau diajak oleh Rasulullah s.a.w .

2. golongan kedua - ialah ahlil kitab.... mereka adalah dari kalangan pemimpin yahudi. Mereka tahu akan kedatangan baginda nabi akhir zaman ini. Mereka bukan sekadar tahu namanya , tanda pada badannya bahkan sifat dan siapakah sahabat-sahabat baginda juga dikenali mereka.
Golongan inilah yang mengepalai menubuhkan barisan Ahzab ini untuk menyerang kota suci Madinah. Golongan ulama Yahudi ini bila ditanya siapakah yang benar antara Muhammad dan golongan musyrik ini , pendeta yahudi menjawab musyrikin berada dipihak yang benar.

3. golongan ketiga - ialah mereka yang pura -pura beriman ... golongan munafiqin.
mereka menyokong kumpulan mana yang dilihat kuat.

4. golongan beriman.... yang bersama dengan baginda Rasul s.a.w.

Golongan manusia ini akan tetap wujud sepanjang zaman.

Hari ini 11 september Osama ben Laden di tuding sebagai penyebab peristiwa ini. Golongan Yahudi yang terkenal dengan sifat ganas dan buas itu tersenyum lebar, mencuci tangan.

Sabtu, 10 September 2011

butanya cinta ...

dulu orang bisa lemah jantung dan darah jadi tinggi kerana memang ianya adalah penyakit.
sakit apa tuan? darah tinggi.
sakit apa pakcik? jantung lemah

sekarang baca paper boleh dapat sakit jantung dan darah pun naik.

cinta tak direstu keluarga ... senang je penyelesaiannya minum racun serangga.
satu koma , satu meninggal ... murahnya nyawa.

Islam datang ni untuk apa?
pelihara nyawa, pelihara harta, maruah..
kalau mati itu adalah jalan penyelesaian senang sangatlah hidup ini.
tapi jangan lupa selepas mati kita akan dibangkitkan pula?

kepada anak-anak remaja ,
larangan dan tegahan dari mak bapak itu ada sebabnya,
tiada ibu yang mahukan anak mereka derita dalam hidup ini.

cinta -cinta juga,
tapi betullah kata orang tua ... cinta itu buta ya.

Mati dipeluk teman wanita

infonya di sini
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm


Jumaat, 9 September 2011

rakyat diperas lagi....

kecuh lagi ... cukai kad prabayar pula sekarang.

patutlah dalam dua minggu ni diserangnya Mat Sabu sampai rapat kat dinding...
rupanya ada udang disebalik mee..

diserangnya si Mat tu dengan torpedo, roket, kapal selam, peluru berpandu bumi ke bumi,
dilempar gas pemedih mata,
disuruh tangkap,
disuruh ISA kan,
pengkianatla,
sokong komunis la,
baca sejarah tapi putar belit fakta la,

rupa-rupanya nak adakan cukai baru,

kesianlah kami hamba rakyat jelata yang hina ini,
kad prabayar ini adalah keperluan golongan miskin dan pelajar,

syarikat telekomunikasi ni pun satu hal,
tak untung apa lagi,
kamu berniaga monopoli,
tak ada siapa yang mampu lawan kamu,

macam kompeni TNB juga,
siapa yang nak lawan kamu,

main ikut suka je nii....
ikut telunjuk tauke-tauke yang memang tak pernah puas,

tak pernah puas,
menghimpun harta dan kekayaan ,
dicelah keringat dan peluh,
rakyat yang btertindas.

Khamis, 8 September 2011

baru aku tahu.....






baru aku tahu siapa Mat Indera .....
baru aku tahu nama askar Inggeris semuanya di tugu negara,

baru aku tahu siapa Tok janggut,
baru aku tahu rejimen ke 10 itu..

baru aku tahu dato bahaman,
baru aku tahu Dr. Burhanuddin Helmi sering masuk keluar penjara,

baru aku tahu hebat kamu ahmad Boestaman,

baru aku tahu PKMM,
baru aku tahu API,

baru aku tahu,
betapa selama ini aku tidak tahu.....

kerana aku memang tidak diberitahu...

Rabu, 7 September 2011

orang jahat makin berani......

melihat satu rakaman cctv mengenai satu rompakan di kedai mamak...
kejadian pada 28 ogos lalu di syeksen 15 Shah Alam....

beraninya orang jahat sekarang,
orang yang baik dan tidak berdosa pula yang kena lari menyelamatkan diri,

dunia sudah parah,
tapi masih ada orang yang menegak benang basah,
kadar jenayah masih rendah,
tak tahulah aku sifir mana diguna,

begitu juga statistik ops sikap,
makin meningkat tahun ini,

barangkali kehidupan kita sekarang yang bebas mengamalkan amalan riba dalam jual beli kenderaan itu mungkin juga faktornya,

ambillah peringatan dari baginda Rasulullah s.a.w yang telah memberitahu pada kita akan tanda akhir zaman.

Drp Aisyah ra berkata :

"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".

tanda tersebut orang jahat makin berani ...
jenayah makin parah.

Isnin, 5 September 2011

takziah ....


Takziah kepada keluarga allahyarham noramfaizul.
Kematian itu memang datang dengan tiba-tiba.
Moga rohnya bersama dengan roh orang yang beriman.
Petugas media tidak dibekal jaket kalis peluru,
Jip yg dinaiki tiada perkataan MEDIA.
Serangan dilakukan oleh African Union Peacekeepers (AUP)! ... adakah kehadiran sukarelawan kita tidak dimaklumkan???

maaf kita tidak menuding jari pada sesiapa!!!!!
janganlah kerana mencari nama kita kehilangan satu nyawa.
Saudara Noramfaizul adalah rakyat kedua Malaysia yang terbunuh di Somalia.

1041754 Kpl Mat Aznan bin Awang (terkorban) dibumi Somalia.. Beliau berasal dari Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah.

Kereta perisai yang dipandu oleh Allahyarham ditembak dengan senjata anti-kereta kebal (RPG7) dari arah hadapan menembusi cermin kalis peluru dan terkena bahagian bahu kiri Allahyarham serta mencederakan 9 anggota yang lain.

apa khabar anak-anak dan balu beliau sekarang?
moga ada yang sudi menjenguk mereka





Ya Allah....

anak-anak sudah pulang ke kota,
tinggallah orang tua memendam rasa di desa.


subuh sudah hampir,
jom kita solat subuh berjemaah .

Ya Allah, sayangilah kami ... amin.

Sabtu, 3 September 2011

Lord Reid


Sesungguhnya Inggeris tidak pernah meninggalkan tanah melayu pun sehingga ke hari ini (secara dasarnya memanglah Inggeris telah pergi) tetapi Inggeris telah meninggalkan satu legasi penting yang kekal iaitu PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang dirangka oleh LORD REID dan terus diguna pakai sehinggalah ke hari ini.....


sejarah berdasarkan fakta.

Khamis, 1 September 2011

dua syawal semalam....


Salam syawal.....
semalam raya kedua ...
kunjung mengunjung rumah teman dan sanak saudara ...




ini aktiviti pertama ku semalam .... makan sup kepala kambing ,
habis aku makan termasuk otaknya sekali ...
otak kambing lebih baik dari otak lembu, kan...
satu yang istimewa kambing ni ialah supnya tiada lemak tak macam sup lembu.... bila sejuk berkeping-keping lemaknya timbul.

bahaya sup lembu... tau... kolestrol tinggi.






menuju ke Kuala Brang,... yang terkenal dengan air terjun Sekayunya,...
melalui lebuhraya yang baru dibuka buat pertama kali,
destinasi yang dituju ialah kg. Bukit Munduk,....k.berang
jauh juga dari bandar k.terengganu,.. 50 km pergi... mau seratus kilo pergi dan balik.



inilah tempatnya jauh dipendalaman, seronok dengan bukit bukau yang menghijau,
rumah ini dijadikan homestay oleh tuannya yang tinggal di kuala lumpur,
dekat dengan tasik kenyir,
ada 3 bilik,... luas halamannya, ada dapur,... boleh disewa jika berminat.
sekarang lebih mudah dikunjungi dengan adanya lebuhraya baru ini dari kuala lumpur.


anak-anak kota apalagi jika dapat bermain di sungai,
sehari suntok tak mengapa,
aktiviti mencari lintah....
aku pun turut tumpang sekaki...


perjalanan pulang....
pasar lama kedai buloh,
tidak digunakan lagi,
pasar ini terkenal dengan makanan tradisi terengganu,
sekarang sebuah pasar moden dibina tak jauh dari situ.


yang sempat dirakam,
banyak lagi ada , malaslah aku nak uploadnya ... menyampah!
aksi yang mencemar kemuliaan syawal,
sebuah kereta kancil dengan 3 remaja lelaki dan seorang perempuan,
langsung tak pedulikan pengguna lain,
mungkin syaitan telah terlepas dari ikatannya,
inilah anak-anak bangsa kita sekarang.