jenuh aku menghafal nama-nama berikut waktu sekolah dahulu,
i. Perak (J.W.W. Birch)
ii. Selangor ( J.G. Davidson)
iii. Negeri Sembilan (Martin Lister)
iv. Pahang (J.P. Rodger)
semua kita kenal ni,
para residen British....
sistem inilah yang memulakan campurtangan British di tanah Melayu.
hafallah kita semua nama dan pelbagai perjanjian yang dibuat dengan sultan - sultan di negeri berkenaan,
bukan mudah nak mengingati semua itu,
tahun bila, nama yang semestinya ganjil buat kita, tempat berlakunya segala peristiwa,
bila sistem residen gagal ada pula residen jeneral,
macam macam hal berlaku,
tetiba sekarang ada orang mengatakan kita tidak pernah dijajah hanya
diNAUNGI DAN DILINDUNGI.....
sampai begitu sekali tahap pengampuannya ....
Bengong yg buat penyataan tu.. kalau tak pernah dijajah rasanya tak perlulah Hari Kemerdekaan kot!!!
BalasPadammerepek je manusia-manusia ini
BalasPadamDah jauh sangat tahap ampu dia tu. Dah sampai tahap sampai kita pun jadi konpius dgn keterangan2 yang diorang bagi....
BalasPadam