Pengikut

Isnin, 19 September 2011

jom mari kita merdekakan diri....

nyawa, rezeki, roh dan jasad, aqal yang membolehkan kita berfikir,
telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat, degupan jantung,denyutan nadi,
semua itu pemberian Allah,

Allah perintah kita mengadapnya hanya 5 kali saja tiap hari,
adakah dalam masa yang pendek itu kita menjadi liar dan malas untuk mengadapnya?

amalan meninggalkan solat dalam hidup hari ini sudah menjadi perkara biasa.
ibu bapa hanya memerhati dalam perkara makan minum sahaja.
kalau sekadar itu tiada beza kita dengan memelihara binatang ternak.

kalau menjaga anak bagai menjaga haiwan kita sudah lari dari tuntutan sebenar.

janganlah kita leka dengan perniagaan, kebun ,harta dan pelbagai urusan.

janganlah solat yang 5 kali itu hanya dilaksana dengan 4 atau 3 kali saja sehari.
marilah sama-sama kita berubah... dan memerdekakan diri dari menjadi hamba dunia.

solat itu lebih baik dari tidur...
subuh sudah hampir ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan