Pengikut

Khamis, 22 September 2011

sembahyanglah....

hasil bersembang di kedai kopi ....
ramai rupanya orang tak solat,
ada solat 3 waktu sahaja, ada yang empat waktu bahkan ada yang tak solat langsung.

apa dah jadi ?
kenapa jadi begini.... kalau kini kita berusia 50 tahun,
kalau usia kita 63 tahun saja di dunia ini bermakna hanya 13 tahun saja lagi kita hidup,
13 tahun sekejap sahaja sekarang ni,

kalau kita mati dalam keadaan segar bugar dan tidak sembahyang maka kita tidak selamat di dunia dan akhirat ,
gejala ini semakin parah,

meninggalkan solat berlaku di depan mata keluarga sendiri,
perkara meninggalkan solat ini juga berlaku di depan mata pemerintah,

meletakkan kesalahan jalanraya lebih besar dari kesalahan meninggalkan solat,
bila sembahyang diringankan maka manusia pastinya akan mengikut hawa nafsu dan selepas itu mengikut ajaran sesat pula,

sesat dalam mentadbir negara,
dalam ekonomi,
dalam pendidikan,
dan seluruh aspek kehidupan.

hidup jadi sesat dan jauh dari petunjuk Allah.
maka berlakulah perkara yang pelik-pelik dalam hidup kita hari ini.

marilah kita menghitung diri sebelum pintu taubat ditutup,
sebelum nyawa sampai ke halkum,
sebelum matahari naik dari sebelah Barat,

2 ulasan:

  1. umur saya sekarang 58 .. bermakna ada 5 tahun sahaja lagi. takut pula saya memikirkan bekalan yg sangat sedikit .. itu pun entah boleh pakai ke tidak.

    BalasPadam
  2. al-lavendari: ni ingatan utk diri saya juga bang... bila nak buka kotak komen tuan kembali?

    BalasPadam