Pengikut

Rabu, 16 Januari 2013

hari Sabtu itu ,

Sabtu 12 Januari 2013 .......
inilah antara  yang sempat ku rakam  berlaku di Kuala Lumpur pada tarikh itu.
Catatan perjalanan rakan maya ku saudara IM sangat  menarik dan menyentuh jiwa. 




Jam 11 pagi ....
berduyun-duyun manusia  bergerak ke destinasi masing-masing... ada ke pasar seni, KLCC ,masjid negara,
entah dari mana mereka datang?
aku melilau hingga ke Dataran Merdeka.



ribuan , ratusan, ratus-ratus ribu,
40ribu, 80ribu, 100,000 atau dua ratus lima puloh orang saja yang hadir,
ikutlah apa yang nak ditulis dan diulas,
yang hadir di sana sahaja  lebih mengetahui,

cina, India, orang asal,melayu,
tua,muda,remaja,
semua ada dihari itu,
berbual dan bertanya khabar ,
dari pelbagai daerah dan negeri,

ini sudah lebih dari Satu Malaysia , ujar rakan ku.
pelbagai kumpulan dan bangsa  manusia berada di Stadium Merdeka pada hari Sabtu itu.







berbasikal kawan kita ni ... aku tak sempat bertanya dari daerah mana dia datang.




ratusan anggota keselamatan bertugas  ,
tahniah untuk PDRM dan ribuan peserta perhimpunan.
kalau masing-masing menghormati hak antara satu sama lain pasti semuanya beres.




Dataran Merdeka ini dikunci rapat .... no way ....  ambil gambar je yang boleh



 

ini antara NGO yang aktif dalam perjuangan  untuk membebaskan diri dari  ancaman LYNAS. .... sungguh bersemangat mereka ...
inilah kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan tempoh hari ke Kuala Lumpur.


hari bersejarah ini
bila pula  ia akan berulang kembali?
sempat ke tidak untuk aku merasainya sekali  lagi,

laungan Merdeka ....
meremangkan bulu roma ku dihari itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan