Pengikut

Isnin, 4 Januari 2010

Allah....

Firman Allah dalam alquran yang mesti dibaca dan dijadikan panduan bila timbul persoalan.

“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).





Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Zaman pengampu bermaharaja lela......

Ketika Umar AlKhattab r.a dilantik menjadi khalifah maka beliau mendedahkan dirinya dengan nasihat. Apabila kamu melihat aku melakukan penyelewengan maka perbetulkanlah aku.

Berlaku secara amali bagaimana khalifah Umar menerima teguran secara terbuka walaupun dari seorang perempuan yang lemah.

Semasa Umar memberikan ucapan di masjid meminta supaya perempuan-perempuan jangan meninggikan mahar perkahwinan maka bangun seorang wanita dengan berdalilkan ayat quran mengatakan bahawa menentukan mahar perkahwinan adalah hak perempuan . Maka Umar alkhattab tanpa segan silu berkata . Betul perempuan itu dan umar telah tersalah.

Adakah contoh keadilan seperti ini berlaku di dalam masyarakat dan negara pada hari ini?Terlalu jauh untuk menemuinya . Kita sekarang berada di dalam negara yang pemimpin-pemimpinnya dikelilingi oleh pengampu-pengampu yang bohong yang memberi pujian yang melangit supaya pemimpin kembang hatinya walaupun nasihat yang diberikan itu penuh kezaliman dan penyelewengan.

Dan kita juga hidup kini dalam zaman dimana penasihat-penasihat negara takut untuk memperbetulkan penyelewengan pemimpin mereka.

Itulah keadaan yang wujud di dalam masyarakat islam hari ini.

Ahad, 3 Januari 2010

sukarnya mendidik anak kini......

Zaman sekarang orang-orang yang mahu berkahwin sudah tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Gadis atau pemuda yang hendak dinikahi itu mungkin hanya dikenali dipusat membeli belah atau perhentian bas, ditepi pantai atau mungkin melalui akhbar dan majalah melalui iklan-iklan mencari jodoh. Lebih moden lagi kini melalui laman maya ini.

Mereka menjadikan artis,penyanyi, pelakon sebagai contoh isteri dan suami solehah. Tak keterlaluan kalau aku tulis bahawa artis itulah perosak utama muda mudi islam hari ini kerana dengan pakaian dan fesyen mereka kini telah menjadi ikutan di kota dan di desa.
Ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidik siteruna itu sembahyang, puasa,menutup aurat atau tidak. Kita rasa takut dan bimbang apabila anak gadis kita yang asalnya menutup aurat,bersolat tetapi apabila jatuh ketangan lelaki yang tidak setia pada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam sangat menekankan pada ibubapa supaya mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam. Mengajar mereka mengenal tuhan sekelian alam iaitu Allah s.w.t. Mengajar anak-anak dengan perangai yang baik,akhlak dan bersopan. Anak-anak juga wajib diajar batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada mereka sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.

Dalam quran Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari azab api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis. Mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang diperintahkan".

Sabtu, 2 Januari 2010

sudah 16 hari tahun baru islam......

Salam semua. Sudah 16 hari kita berada ditahun baru Islam. (16 Muharram). Sudah sepatutnya azam kita sempena tahun baru Islam itu telah cuba kita laksanakan. Biar sedikit tetapi istiqomah. Kalau dulu kita sekadar membaca alquran dimalam jumaat sahaja azamkanlah untuk kita membaca ayat suci itu sekurang-kurangnya 10 ayat sehari.

Sebenarnya apa yang dilakukan dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w semuanya merupakan urusan agama yang menjadi contoh dan pengajaran kepada umat Islam. Bukankah Islam agama yang sempurna?

Bukankah Islam mengajar perkara akhirat dan perkara dunia? Bukankah manusia dijadikan dimuka bumi ini untuk mentadbir dunia dengan hukumnya?

Kita juga tahu bahawa pada hari akhirat nanti manusia akan disoal tentang nyawa mereka,masa,hartabenda,kesihatan mereka dan lain-lain lagi yang semua itu merupakan urusan dunia.Ini membuktikan bahawa menguruskan urusan dunia dengan ajaran islam akan menyelamatkan kita diakhirat nanti.

Hijrah Rasulullah s.a.w daripada Mekah ke Madinah adalah untuk melaksanakan urusan dunia berdasarkan ajaran Islam. Penghijrahan itu berlaku kerana apa? Kerana pemimpin dan pembesar quraish ketika itu tidak memberi peluang pada baginda untuk melaksanakan serta menegakkan ajaran Islam di kota Mekah.

Apabila ada kelompok dan kumpulan lain yang sanggup memberi tempat kepada Islam , sanggup menyerahkan dan mengorbankan semua nikmat pemberian Allah untuk menegakkan Islam maka Rasulullah s.a.w dan golongan muhajirin diperintah Allah melaksanakan hijrah itu. Siapa kelompok yang hebat itu? Sudah tentulah puak Aus dan Khazraj yang bersedia taat pada apa saja perintah Allah danRasulnya.

Apa yang ada disebalik hijrah itu?Adakah sekadar mendirikan masjid? Membina masjid baru sahaja? Tidak!!! Masjid didirikan bukan sahaja sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat mentadbir urusan dunia dan urusan akhirat.

Islam adalah agama yang lengkap dan alquran itu adalah panduan hidup manusia didalam semua perkara samada dunia atau akhirat. Oleh itu umat Islam tidak perlu lagi kepada fahaman dan sistem-sistem yang direka dari barat atau timur. Islam itu sudah cukup untuk kita semua.

Oleh itu wajib ke atas kita umat Islam berpegang dengan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sehingga kepenghujung hayat kita.

Jumaat, 1 Januari 2010

sudah tahun baru ke????????




Seronok sungguh melihat percikan bunga api semalam. Mendengar pelbagai irama budaya Malaysia.Kumpulan-kumpulan seni yang membuat persembahan pun hebat-hebat belaka.
Rakyat pun bukan main ramai berkumpul menunggu detik 12 malam. Gembira aku melihat wajah-wajah gembira rakyat Malaysia.. Bertempik sorak seperti tiada apa-apa masalah. Ingatlah sehari dua lagi anak-anak kita akan bersekolah. Tentu banyak belanja akan keluar. Janganlah nanti bermuram durja selepas bergelak ketawa.

Hebat negara ku. Aku sungguh bangga menjadi warga malaysia.



Gula dah naik harga jadi $1.65 mulai tengahmalam semalam dikala rakyat sedang bergembira. Jadilah rakyat yang cemerlang dan terbilang dan bukan rakyat yang terlena dengan percikan-percikan bunga api yang sekejap saja menawan itu.

Selamat Tahun Baru. Tentu ada banyak azam baru. Tahniah! Tahniah sekali lagi untuk Malaysia.