Pengikut

Isnin, 4 Januari 2010

Allah....

Firman Allah dalam alquran yang mesti dibaca dan dijadikan panduan bila timbul persoalan.

“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).





Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

12 ulasan:

  1. maknanya gereja tu bolehlah guna nama Allah ke ?

    BalasPadam
  2. tidak sama sekali kerana saya yakin permintaan mereka berbeza dengan maksud Quran tersebut jom singgah ke cemomoi.blogspot jap

    BalasPadam
  3. rasanya yang memohon menggunakan perkataan Allah tu adalah penerbitan mereka (penganut kristian) kan?

    Hmmmm.. nampaknya masih banyak yang kakcik kena belajar dan fahamkan.. :(

    BalasPadam
  4. Salam Abu Muaz,

    tak pandai nak ulas.. namun dalam al-Quran begitulah Allah terangkan mereka sebut nama Allah, mereka mengaku Allahlah yang menurunkan hujan, tetapi mereka tetap menyekutukan Allah.

    Tak hairanlah org2 berimanpun ada kalanya sebut Allah tetapi masih percaya ada benda2 lain yg berkuasa contoh menetapkan tarikh perkahwinan kena ikut hari2 tertentu, nak bina rumah pintu tak boleh menghadap ke jalan maksudnya di simpang tiga.. dan macam2 lagi.. wallahua'lam.

    BalasPadam
  5. kalimah Allah dah jd sebutan main2.
    CC pun kadangkala terbuat gak.

    BalasPadam
  6. Kemudahan penggunaan nama ALLAH adalah lebih memudahkan dakyah kristian utk menyesatkan dan memurtad kan umat Islam..lebih2 lagi kaum muda-mudi la ni..
    Ini adalah hakikat!

    BalasPadam
  7. mrk guna nama Allah.. tdk ke nnti terpesong atau keliru bila org yg kurang iman baca atau dgr ceramah mrk.. sesungguhnya Allah telah beri kita akal dan hrp gunalah akal utk tangani mslh ni dgn baik

    BalasPadam
  8. rasa mcm byk lagik yg tak tau bila baca ni....

    BalasPadam
  9. Salam Abu Muaz. Walaupun kita masing-masing mempunyai pandangan berbeza tentang isu ini, saya lebih suka soal tersebut ditangani oleh orang-orang yang berwibawa. Kita lihat pemimpin atasan kita (Parti Bulan Mengambang), ada yang tidak sependapat tentang perkara ini. Begitu juga dalam kalangan ulama. Tambah merumitkan lagi isu ini telah mula dipolitikkan oleh orang-orang tertentu untuk tujuan tertentu...

    BalasPadam
  10. salam saudara..sy jg sedikit sependapat dngn saudara abu muaz..sy ada menjelaskannya dlm komen pd n3 terbaru sy ttng persoalan ini apabila kak maiyah bertnye ttngnye..

    BalasPadam