Seronok sungguh melihat percikan bunga api semalam. Mendengar pelbagai irama budaya Malaysia.Kumpulan-kumpulan seni yang membuat persembahan pun hebat-hebat belaka.
Rakyat pun bukan main ramai berkumpul menunggu detik 12 malam. Gembira aku melihat wajah-wajah gembira rakyat Malaysia.. Bertempik sorak seperti tiada apa-apa masalah. Ingatlah sehari dua lagi anak-anak kita akan bersekolah. Tentu banyak belanja akan keluar. Janganlah nanti bermuram durja selepas bergelak ketawa.
Hebat negara ku. Aku sungguh bangga menjadi warga malaysia.
Gula dah naik harga jadi $1.65 mulai tengahmalam semalam dikala rakyat sedang bergembira. Jadilah rakyat yang cemerlang dan terbilang dan bukan rakyat yang terlena dengan percikan-percikan bunga api yang sekejap saja menawan itu.
Selamat Tahun Baru. Tentu ada banyak azam baru. Tahniah! Tahniah sekali lagi untuk Malaysia.
Hebat negara ku. Aku sungguh bangga menjadi warga malaysia.
Gula dah naik harga jadi $1.65 mulai tengahmalam semalam dikala rakyat sedang bergembira. Jadilah rakyat yang cemerlang dan terbilang dan bukan rakyat yang terlena dengan percikan-percikan bunga api yang sekejap saja menawan itu.
Selamat Tahun Baru. Tentu ada banyak azam baru. Tahniah! Tahniah sekali lagi untuk Malaysia.
Salam:)
BalasPadamSlmt Thn 2010..
Moga sentiasa diberkati&dirahmatiNya..:)
Salam Abu Muaz..
BalasPadamSelamat tahun baru...moga akan lebih bersemangat berkongsi cerita di blog ini
Dah tahun baru dah ! kurangkan makan gula. tapi semut tak pula kena kencing manis ! subhanallah.
BalasPadambangga jugak jadik rakyat malaysia..
BalasPadammungkin..
Harapan kawan moga semut juga malu nak mengurung gula selepas ini...Selamat tahun baru drp saya juge.
BalasPadamSalam Abu Muaz. Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, lebihkan manis dalam senyuman.
BalasPadamkurangkan gula dlm minuman
BalasPadamtambahkan manis dlm senyuman
tapi...kalau air tawor hebei......takde le nikmatnya...
slmt thn bru.. moga kita jd rakyat yg kurang mnis tnpa gula hehe
BalasPadamselamat tahun baru buat tuan tanah....
BalasPadammoga apa yang diimpikan akan tercapai!
Selamat tahun baru en Abu Muaz..nak jadi tokey air tebu pulak ke ni?..
BalasPadamsalam....Tuan,
BalasPadamselamat tahun baru..2010,
tahun baru yang paling dingati..
dengan 2 billion peruntukan sekolah telah dipotong..
MALAYSIA BOLEH..!!!!
lepas gula, minyak pula...selamat tahun baru Malaysia!
BalasPadamdan...
BalasPadam1Malaysia bisa menggunakan nama Allah....
2010 bisa memberi banyak makna dalam hidup kita
salam ,
BalasPadamkolotkan saya bila saya tak pernah raikan sambutan tahun baru masihi dimana2 lokasi?
tapi
mayb saya kira sambut gak kot
didepan2 tv
tgk konsert2 dulu
sekarang dah boring
heeeeeee
sama sahaja
hiburan
hiburan
kdg2 dah muak
kdg2 layan gak
selamat tahun baru buat saudara se keluarga
semoag bahagia selalu
Pn Kartini : T.kasih atas ingatan ini.
BalasPadamTirana : ya semoga makin rajin pada 1431 ini
BalasPadamallavendari :Maha Suci Allah Yang mencipta semut itu.
BalasPadamshaRamli : mesti bangga...
Yassin ; t.kasih .
BalasPadamMyBabah : nak senyum macam mana tuan semuanya dah naik.
BalasPadamCikgu Jang :tawar dah mulai tengahmalam tadi
kulop ludin & maiyah : selamat tahun baru jua untuk anda.
BalasPadamrelevan & anaklaut : semua boleh jadi ditahun baru ni
Dr Sam dan al K & blue: ya terima kasih.
BalasPadam