Pengikut

Ahad, 3 Januari 2010

sukarnya mendidik anak kini......

Zaman sekarang orang-orang yang mahu berkahwin sudah tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Gadis atau pemuda yang hendak dinikahi itu mungkin hanya dikenali dipusat membeli belah atau perhentian bas, ditepi pantai atau mungkin melalui akhbar dan majalah melalui iklan-iklan mencari jodoh. Lebih moden lagi kini melalui laman maya ini.

Mereka menjadikan artis,penyanyi, pelakon sebagai contoh isteri dan suami solehah. Tak keterlaluan kalau aku tulis bahawa artis itulah perosak utama muda mudi islam hari ini kerana dengan pakaian dan fesyen mereka kini telah menjadi ikutan di kota dan di desa.
Ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidik siteruna itu sembahyang, puasa,menutup aurat atau tidak. Kita rasa takut dan bimbang apabila anak gadis kita yang asalnya menutup aurat,bersolat tetapi apabila jatuh ketangan lelaki yang tidak setia pada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam sangat menekankan pada ibubapa supaya mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam. Mengajar mereka mengenal tuhan sekelian alam iaitu Allah s.w.t. Mengajar anak-anak dengan perangai yang baik,akhlak dan bersopan. Anak-anak juga wajib diajar batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada mereka sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.

Dalam quran Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari azab api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis. Mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang diperintahkan".

12 ulasan:

  1. Abu Muaz...

    Ada juga yang berpakaian sopan tapi perangai tidak sopan... So sebelum kawin, kena siasat dulu sampai ke akar umbi, tidak boleh tengok pada luaran semata-mata...

    BalasPadam
  2. salam sdr abu muaz
    sebagai ibubapa kita sentiasa mahukan yg terbaik buat anak2..tapi zaman sekarang..sgt berbeza..sudah diberi didikan agama sejak kecil namun siapa yg mahu dipersalahkan..ibubapa atau anak2 atau zaman yg terlalu canggih ini..pening memikirkan..

    BalasPadam
  3. salam..

    sy setuju dengan entri ni, cuma pd sy jodoh pertemuan mmg dah Allah tetapkan dri segi di mana dan bagaimana ia berlaku, namun kita harus berusaha utk memilih yg terbaik berdasarkan kriteria yg dah ditetapkn syari'at, bkn brdasarkan keindahan dunia semata-mata..peranan ibu bapa jga penting dlm memilih bakal menantu. harus diselidik habis-habisan terutama sekali tentang agamanya, bukan tengok kereta mewah terus approve :)

    bagi yg masih bujang,berhati-hatilah dlm memilih pasangan hidup supaya terjaga diri kita dan ahli keluarga kita dr azab api neraka..semoga Allah merahmati kita semua.

    (sekadar pndangan sy yg masih mentah :) )

    BalasPadam
  4. suami yg baik inysaalah mendapat isteri yg baik...doa2kanlah..

    BalasPadam
  5. insayallah akan saya usahakan walaupun dugaannya sangat berat. insyaallah saya akan bersabar menempuhinya. anak2 ini masa kecil, lain kesusahan membelanya, dah besar lain pula masalahnya. macamana pun amanah Allah perlu di jaga.

    BalasPadam
  6. Tanpa kesabaran semmg ianya lagi sukar, apa pun semua itu ujian jua.

    BalasPadam
  7. Anak yang baik hasil dari benih yang baik..benih yang baik jatuh kelaut menjadi pulau..benih yang tak baik pula jatuh ke laut menjadi lanun..

    BalasPadam
  8. Salam, tuan.
    Ahah, catatan kali ini terkena pula di batang hidung saya. Kebetulan, saya juga mengenali suami di laman maya, lebih tepat di ruangan Melayu.com... Jenuh juga abah dan emak 'menapis' dahulu bakal menantunya.. :)

    BalasPadam
  9. Memang susah nak didik anak. Faktor luaran, didikan dan juga genetik mempengaruhi pembentukan jiwa dan peribadi anak. Kita sebagai ibubapa harus terus berdoa untuk mereka.

    BalasPadam
  10. Salam Abu Muaz. Saya pula beruntung dapat isteri pandai jaga anak. So, kerja tak berapa berat. Skrg isteri saya istikomah baca maksurat setiap subuh. Fadhilat amalan membaca maksurat secara istikomah dapat membantu memelihara keluarga daripada anasir-anasir yang tidak baik, dgn izin Allah jua, terutamanya tatkala anak-anak di luar penjagaan kita. Wallahualam.

    BalasPadam
  11. ibubapa skrg dah kurang didikan pd agama.. kalo dlu zaman sy gi ngaji sampai khatam tapi zaman skrg ni ramai yg x hantar lagi gi ngaji

    BalasPadam
  12. org zaman sekarang lebih mementingkan paras rupa, harta benda, kedudukan dan kekayaan dlm memilih pasangan..tak pernah nak ambil tau pun pasal agamanya. Tapi saya percaya..kalau kita baik insyaAllah akan bertemu jodoh dgn yg baik juga. Allah itu adil dan Dia tau apa yg terbaik utk setiap hambanya.

    BalasPadam