Pengikut

Selasa, 22 Jun 2010

ayah .....

kita sentiasa melihat seorang ibu akan menitiskan airmata apabila menghadapi kerenah anak-anak dari kecil, remaja hinggalah mendirikan rumahtangga.

tiada istilah rehat sebenarnya dalam hidup ini...... kita mungkin berperasaan bila anak-anak sudah dewasa dan mereka sudah berkeluarga maka akan terlepas segala masalah.

mungkin anak-anak yang kita belai dari kecil itu tiada masalah buat kita hingga dewasa.... tetapi masalah cucu-cicit menyebabkan kita juga tidak boleh berlepas tangan.

dan orang mungkin lupa bahawa si ayah juga boleh menitis airmata bila menghadapi kerenah anak-anak dalam kehidupan mereka.

orang mungkin melihat bahawa si ayah itu barangkali kuat tetapi si ayah juga tetap lemah bila berdepan dengan masalah.

ayah juga boleh menitiskan airmata kesedihan...........

9 ulasan:

  1. salam,

    happy father's day buat pakcik,
    smoga pakcik sekeluarga dirahmatiNya selalu..

    p/s: sy penah tgk air mata ayah sy mengalir, waktu smbut besday dia.sgt sebak dlm hati sy.

    BalasPadam
  2. salam...

    selamat hari ayoh.
    semoga jadi ayoh yang bahagia dan sihat selalu.
    saya tak pernah ucapkan hari ayah pada ayoh. tapi bertanya khabar setiap masa dan sediakan apa yang perlu , alhamdulillah..
    doakan mereka sihat dan bahagia dunia & akhirat. amin

    BalasPadam
  3. salam
    selamat hari bapa juga untuk en muaz

    ayah memang menyimpan perasaan sedih dan tak pernah tunjukkan kesedihanya didepan anak anak atau keluarga...

    BalasPadam
  4. selamat hari bapa.

    kasihnya ibu membawa ke syurga dan
    kasihnya ayah membawa bahagia.

    BalasPadam
  5. Ayah ohh Ayah..

    Sentiasa dihati anak-anakmu ..

    BalasPadam
  6. ayah menangis dlm hati..

    BalasPadam
  7. salam,

    ayah pun ada perasaan juga..

    BalasPadam
  8. menitis air mata tu memang betul .. tapi kita tak tunjuk kat orang jer.

    BalasPadam