Pengikut

Ahad, 28 Ogos 2011

selamat tinggal bulan yang sangat mulia.

Jika lusa 1 syawal bermakna inilah malam terakhir kita menunaikan solat terawih untuk Ramadhan kali ini.

dari awal hingga akhir kita sentiasa diingat untuk m,emperolehi ijazah taqwa diakhir Ramadhan. Semua para ustaz mengingat akan sasaran itu.

moga kita memperolehi taqwa, taqwa, dan taqwa.

apa sebenarnya taqwa itu?
secara mudahnya ia adalah satu sifat iaitu buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.

sangat simple, oleh kerana tersangat simple maka ia tak tertunai oleh kita semua.

Allah larang apa? jangan berzina, berjudi, minum arak,
Allah suruh buat apa? solat, tunai zakat, berpuasa, kerjakan haji jika mampu.

tapi apa yang kita lakukan?
tak solat,tak puasa, puasa tapi tak solat,

dedah aurat, ... derhaka pada ibu bapa,

semua larangan dan suruhan itu adalah untuk kebaikan hidup kita tetapi kita sangat sombong dan sangat jahil.

marilah kita berazam untuk terus beramal dengan kebaikan yang Allah suka hambanya lakukan.

ingatlah Allah tidak rugi sedikit pun yang rugi adalah diri kita sendiri.

Salam syawal dan selamat tinggal bulan yang sangat mulia .

Sambutlah syawal dengan penuh keimanan...



5 ulasan:

  1. Dari pengurusan blog "kadang-kadang teringin jua" mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dan semoga raya kali ini menjadi lebih bermakna..

    Maaf andai ada ulasan yang pernah menyinggung hati di blog ini

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya aidil fitri, minal aidil walfaizin. Maaf zahir dan batin diatas segala terkasar bahasa serta terlanjur bicara disepanjang persahabatan. Ikhlas drp blog akauanakpahang.

    BalasPadam
  3. sedih, ramadhan sudah nak sampai ke penghujungnya..

    selamat hari raya maaf zahir dan batin...;-)

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum

    Salam 'idul fitri, taqabbalalLahu minna wa minkum ya Kareem...maaf zahir batin.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Abu Muaz,

    Selmat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin.

    BalasPadam