Pengikut

Khamis, 1 September 2011

dua syawal semalam....


Salam syawal.....
semalam raya kedua ...
kunjung mengunjung rumah teman dan sanak saudara ...




ini aktiviti pertama ku semalam .... makan sup kepala kambing ,
habis aku makan termasuk otaknya sekali ...
otak kambing lebih baik dari otak lembu, kan...
satu yang istimewa kambing ni ialah supnya tiada lemak tak macam sup lembu.... bila sejuk berkeping-keping lemaknya timbul.

bahaya sup lembu... tau... kolestrol tinggi.






menuju ke Kuala Brang,... yang terkenal dengan air terjun Sekayunya,...
melalui lebuhraya yang baru dibuka buat pertama kali,
destinasi yang dituju ialah kg. Bukit Munduk,....k.berang
jauh juga dari bandar k.terengganu,.. 50 km pergi... mau seratus kilo pergi dan balik.



inilah tempatnya jauh dipendalaman, seronok dengan bukit bukau yang menghijau,
rumah ini dijadikan homestay oleh tuannya yang tinggal di kuala lumpur,
dekat dengan tasik kenyir,
ada 3 bilik,... luas halamannya, ada dapur,... boleh disewa jika berminat.
sekarang lebih mudah dikunjungi dengan adanya lebuhraya baru ini dari kuala lumpur.


anak-anak kota apalagi jika dapat bermain di sungai,
sehari suntok tak mengapa,
aktiviti mencari lintah....
aku pun turut tumpang sekaki...


perjalanan pulang....
pasar lama kedai buloh,
tidak digunakan lagi,
pasar ini terkenal dengan makanan tradisi terengganu,
sekarang sebuah pasar moden dibina tak jauh dari situ.


yang sempat dirakam,
banyak lagi ada , malaslah aku nak uploadnya ... menyampah!
aksi yang mencemar kemuliaan syawal,
sebuah kereta kancil dengan 3 remaja lelaki dan seorang perempuan,
langsung tak pedulikan pengguna lain,
mungkin syaitan telah terlepas dari ikatannya,
inilah anak-anak bangsa kita sekarang.





5 ulasan:

  1. saya tengok awak tumpang dua kaki dalam air tu !

    berita baik bagi saya kerana LPT sudah dibuka .. senanglah nak pergi mancing kat Kenyir lepas ni.

    BalasPadam
  2. al-lavendari ; bang hamzah dia mesti ada pandangan lain, he,hee.

    BalasPadam