Pengikut

Jumaat, 23 September 2011

hari tanpa kereta ...






ketika keluar rumah pagi tadi dengan tergesa-gesa menghidupkan motor kapcai ku,
baru je bergerak lebih kurang 10 meter terasa huyung hayang je motor ni,
tengok tayar .... alahai kempis ,
tercucuk apalah pula kali ni,
minggu ni sudah dua kali tiub baru,
satu tiub 8 ringgit , kalilah dua ....


kedai motor semua off hari ni... jumaat holidaylah,
nasib baik ada basikal ...
dari pagi sampai petang aku bergerak dengan basikal MTB hari ini,

bila buka FB baru aku tahu bahawa hari ini 23 sept. adalah hari tanpa kereta,
tiadalah NGO_NGO atau sesiapa saja berkenaan mewarwarkan hari ini,
dan inilah kali pertama aku mendengarnya,

alangkah eloknya kalau masyarakat diberitahu,
kalau tidak mahu menyertai pun tak mengapa,
sekurang-kurangnya perkara baik ini sudah tertanam dalam otak mereka,
mungkin tahun depan mereka tidak berkereta pada hari ini.


tahniah Ketua Polis Daerah JBS (Johor Bahru Selatan) yang menyahut seruan hari tanpa kereta dengan berbasikal bersama 17 anggota dan pegawainya ke pejabat hari ini.
Ketua Polis Daerah JBS, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, mereka berbasikal sejauh 15 kilometer ke pejabat dari kediaman masing-masing.

3 ulasan:

  1. salam..
    ha ha..mampu kah kita?
    kempen nih kalau nak
    buat betul kerajaan kena
    permudahkan pengangkutan
    awam dulu..

    BalasPadam
  2. zulkbo: salam tuan. benar sekali tu, adakah pengangkutan awam kita mesra pengguna?

    BalasPadam
  3. harini hari tanpa kereta? tp byk jer kereta hari ni.. xde perubahan.. :(

    BalasPadam