Pengikut

Sabtu, 24 September 2011

merdekakah kita?

bulan merdeka baru saja ditinggalkan,
semua sudah bertempik dan mengibar jalur gemilang,
seolah-olah bila menyanyi dan melaungkan Merdeka tugas kita sudah selesai,

pusara pusara pejuang terdahulu dikunjungi untuk melahir rasa simpati,
barangkali pada tahun lalu tidak ada seorang manusia pun yang menjenguk pusara mereka,
tiada yang ambil peduli.

ramai yang berkokok untuk menunjuk mereka adalah jaguh,
tetapi apakah erti kemerdekaan sebenar?

kemerdekaan yang sebenar hanyalah apabila manusia itu mengabdikan diri kepada Allah swt.,
tidak ada dikalangan manusia berlagak menjadi tuhan,
mencipta dan mengadakan peraturan dan hukum hakam dalam perkara yang tidak diizin Allah.

kezaliman, penindasan dan kekejaman berlaku apabila ada dikalangan manusia berlagak berkuasa.
melaksanakan peraturan mengikut hawa nafsu dan kehendak sendiri,
tanpa mengira halal dan haram,
tanpa mengira betul atau salah,
tanpa mengira adil atau zalim,
tanpa mengira berhak atau tidak,


yang dihitung ialah untuk memuaskan hawa nafsu sahaja.

2 ulasan:

  1. salam pagi sabtu abah

    dan teringat pula kesan perninggalan rumah pahlawan negara yang kian dimamah usia,
    kian roboh menanti masa..
    adakah bakal terjadi pada jiwa anak bangsa mendatang?
    atau sudah kah?

    BalasPadam
  2. salam..tuan,.

    terima kasih pada tuan yg sudi singgah komen di blog saya..

    tak ada..komen tuan tu..mungkin msalah teknikal tu..tapi yg hari ini ada..tqq

    BalasPadam