Pengikut

Jumaat, 4 November 2011

sex merdeka

Allah swt telah mengingatkan umat manusia untuk menjauhi amalan seks yang melampaui batas melalui firmanNya dalam Surah Al-A’raaf, ayat 80 – 81 yang bermaksud:

"Dan (Kami mengutus) Nabi Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini). Sungguh, kamu telah melempiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.’"




Sesungguhnya Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan hak asasi Pencipta alam ini iaitu Allah SWT. Di antara perkara yang dijamin kemuliaanya oleh Islam ialah agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Sebarang aktiviti yang menceroboh kemuliaan lima perkara ini akan mengakibatkan keruntuhan terhadap tamadun manusia. Amalan homoseks hakikatnya merupakan pencerobohan terhadap keturunan secara langsung dan juga sekaligus pencerobohan terhadap kelima-limanya secara tidak langsung. Setiap akal waras manusia pasti akan menolak budaya ini untuk diamalkan dalam masyarakat.

2 ulasan:

  1. sepatutnya dah di benteras awal-awal. ini nak tunggu TPM kata batal, baru riuh satu kampung!

    BalasPadam
  2. insan_marhaen: semuanya dipolitikkan

    BalasPadam