Pengikut

Jumaat, 13 Julai 2012

tuan komensen, kakcik seroja, En Relevan , Maiyah, .....

Assalamualaikum,
Lama sudah tak mengemas rumah maya aku ni.
Cantik sungguh rumah baru teman - teman maya lama ku,
Tahniah kakcik yang sudah berwajah baru.

Hari ini aku sempat membaca laman-laman rakan maya ku yang telah lama aku kenali.
Sungguh seronok,
bila melihat catatan-catatan lama itu,
pelbagai komen, usik mengusik,

sangat menyenyuh kalbu,
maklumlah waktu itu masing-masing baru mengenali alam blog memblog ini,

antara yang masih segar dalam ingatan,
Tuan Komensen, Kakcik Seroja, Cek wa, Encik Relevan, Cikgu Jang,
Anak laut, Puan Marni, Siapsiaga, Idalara yang kini sudah jadi nyanyi sunyi,

Insan Marhean, ... yang banyak mengajar tentang kehidupan,
Maiyah ... pengalaman hidupnya yang sangat mahal.
kl citizen ... cikgu norma yang aku selalu baca coretannya.

tahniah semua,
kerana masih berceloteh sampai sekarang.

moga persahabatan ini terus kekal.

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Saya pun baru keluar dari gua pertapaan. Tengok komuniti blogger sudah banyak berubah. Teruja pun ada.

    BalasPadam
  2. insya-Allah saya akan terus berceloteh .. rasanya bahan tak pernah kurang tapi yang tak pernah cukup adalah masa.

    BalasPadam
  3. DrSam :
    Assalamualaikum tuan . Memang lama betul tuan tak menjenguk ni. Saya pun sudah terlupa nama besar ini. Apa khbar sekarang? harap tuan kembali semula ke dunia blog memblog ini.

    BalasPadam
  4. al-lavendari:
    Terima kasih tuan. Memang masa sangat mencemburui kita

    BalasPadam
  5. hem... rupanya masih ingat kat IM yang kerdil ini. bagi IM, walaupun fb mengambil aleh banyak peminat tegar blog, tapi setakat ini blog masih keutamaan IM kerana IM lebih mau merakamkan kisah hidup IM.

    fb sekadar medan untuk sebarkan dakwah!

    BalasPadam
  6. salam..
    sy pun bru jg berblog balik
    lma gak x update
    tp ada sesekali singgah blog sahabat2 maya
    trm ksh msih mngingati

    BalasPadam
  7. insan_marhaen:
    IM memang selalu di hati ku.
    teruskan kerja baik ini tuan.

    BalasPadam
  8. Maiyah:
    salam dan apa khabar ?
    seronok saya bila rakan-rakan lama mula berblog kembali

    BalasPadam
  9. As salam


    selamat menyambut ramadhan ...

    BalasPadam
  10. pB:
    t.kasih moga Ramadhan kali ini lebih baik lagi

    BalasPadam
  11. Macamana kakcik boleh terlepas catatan AM yang ini? :(

    Oh... kakcik masih berkarya hingga kini...

    BalasPadam