Sebenarnya aku sudah lama tak bersenam. Sudah ada gangguan kesihatan. Kelancaran usus besar ku terganggu. Sudah ada simpton penyakit dalam usus. Dengan kembali beriadah dalam usia menjangkau 50 an ini aku dapat rasakan perubahan besar dalam diri. Dan dengan amalan meminum minyak zaitun aku rasa sudah kembali muda .... perasan.
Tiap pagi sebelum memulakan aktiviti berkayuh ini aku akan minum satu sudu minyak zaitun dicampur madu. Alhamdulillah .... gangguan usus sudah kalah .
Setiap pagi sekarang bila selesai menghantar anak ke sekolah bermula jam 7 pagi kayuhan pun bermula. Aku mewajibkan kayuhan antara 15 ke 20 km tiap pagi.
Alah bisa tegal biasa.
Sudah banyak kampung aku redah tiap pagi. Banyak peristiwa menarik dirakam dengan kamera kapcai ku.
Bila tiba di kampung ini aku tiba - tiba memperlahankan kayuhan ... termenung sejenak. Nanti rumah aku sebesar ini juga tiada cat, tiada alat hawa dingin, tiada dan tiada segala-galanya.
kapal selam dalam pembinaan ...
tiada komisyen ni.
Ini antara yang menarik perhatian ku .... rumah dikelilinggi bunga teratai ... sangat indah pemandangan ini.
suasana pagi dari atas sebuah bukit ...
mengadap ke pulau tersohor di Terengganu ... cuba teka namanya?
Sekian dulu lapuran untuk hari ini.
Selamat beristirehat bersama keluarga.
Tahniah Terengganu kerana menjuarai SUKMA lagi.
salam..
BalasPadamklau slalu mmg sihat le
udara pun segar
pagi2 kt rmh sy di kl ni?
tercemar sudah udaranya huhuu
Jauh berkayuh luas pandangan
BalasPadamPandangan tersirat dan pandangan bergambar
Serta menikmati keindahan pagi ciptaan Illahi
Semuga saudara sihat selalu
betul ke riadah berbasikal belum tentu boleh mengempiskan perust yang sikit broii...?
BalasPadam