Pengikut

Jumaat, 19 Oktober 2012

berubat dengan amalan sedekah ....

Lama bangat aku tak mencoret sesuatu di sini. Bila melihat rakan-rakan maya aku yang lain mereka sudah jauh meninggalkan aku. Tahniah dan semoga terus berkarya.

Semalam aku membaca sebuah buku kecil berjudul "Berubat Dengan Sedekah." Entah milik siapa buku ini. Rasanya aku tak pernah pun membelinya.

Apa yang sempat ku kutip ilmunya ialah amalan bersedekah ini merupakan salah satu terapi yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit namun ianya tidak diambil berat o;eh kita manusia yang kerdil ini.

Bersedekah memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati berbagai jenis penyakit .
Kita sering mendengar bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Namun kita lalai malah tidak mengambil cakna itu semua. Barangkali kerana zaman yang canggih manggih ini kita tidak melihat amalan itu sesuatu yang amat berguna.

Selamat hari jumaat.

1 ulasan:

  1. Saudara abu muaz,

    Selain dari sedekah berupa wang dan barang keperluan, sedekah yang cukup berkesan dalam mengubati seseorang itu adalah senyuman. Senyuman yang ikhlas. Bukan senyuman yang dibuat-buat...

    BalasPadam