Hari ini ditakdirkan Allah bertemu seorang teman lama. Sudah tentu banyak cerita setelah sekian lama tak bersua. Dari soal kerja,.rumahtangga, anak-anak semua dijadikan bahan bicara.
Dipendekkan cerita rakan aku ini hanya bekerja sebagai seprang tukang rumah... tukang baiki rumah bukan kontarktor besar yang juta-jutaan punya pendapatan. Sudah tentulah pendapatannya pun tidak mencapai angka juta dan bilion.
Kini dia menjaga adik kandungnya yang terlantar sakit. Adiknya yang tiada isteri dan tiada anak. Ertinya tidak pernah berumahtanggalah .
Apa yang dikesalkan sangat ialah sikap abang tuanya yang langsung tidak mahu mengambil cakna terhadap adik kandung yang seorang ini. Bukan tidak berwang, duit banyak dan anak-anaknya pun semua sudah bekerja.
Aku ini katanya anak-anak masih ada yang bersekolah, pendapatan pun engkau tahulah sendiri.
Belanja mengurus agak besar kerana lampin pakai buang bukan murah harganya. Aku mendengar dengan penuh rasa simpati.
Aku juga kagum dengan sikapnya.....
Aku bertanya kenapa tak dihantar saja ke rumah abang sulong itu? Dia jawab tak sanggup aku.
Apa yang mendorong engkau sangat cakna dan mengambil tanggung jawab ini,? tanya aku.
Katanya adik aku ini sewaktu aewah ibu aku sakit dahulu dialah yang menjaga dan mengurusnya. Banyak budinya yang aku tak terbalas. Gajinya kecil tetapi dia sanggup menjaga arwah ibu aku.
Terkedu aku bila mendengarnya dan jiwa aku mudah sangat tersentuh jika ada insan yang sanggup melayan ibu yang sakit. Sudah tentu adik kamu seorang yang hebat. Mungkin dia tidak terkenal di bumi tetapi siapa tahu dia terkenal di langit , kataku.
Aku hanya mampu berdoa moga Allah memberikan kekuatan pada sahabat aku ini dalam meneruskan kehidupannya. Dan semoga adiknya sembuh ,insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan