Pengikut

Isnin, 26 November 2012

harimau dengan singa mana kuat ayah?



 


Bila keputusan perlawanan pertama kejohanan Hoki Piala Sultan Johor yang berlangsung pada November baru-baru ini yang menyaksikan Malaysia mengalahkan Jerman dengan TIGA berbalas DUA aku cukup bersemangat sekali .

Kononnya kehebatan team hoki zaman lampau telah kembali. Hampeh saja harapan itu. Kalah dan terus kalah. Itu cerita hoki.

Semalam cerita bola pula. Aku yang bukan jurulatih ini pun pening bila melihat permainan semalam. Kata orang Terengganu .... maing musing ketang .

Tak tahulah apa yang dilatihkannya? Dengar khabar ramai pemimpin negara datang memberi motivasi.
Dengar khabar ada pemain yang nilaiannya puluhan ribu ringgit.  Kalau nak pemain itu kena bayar jutaan ringgit.

Dengar khabar itu dan ini. Dengar khabar kekalahan dengan pasukan Bangladesh malam itu takkan berulang.
Dengar khabar,
Dengar khabar,

Nilai puluhan ribu ringgit tak berbaloi.
Penyokong bukan main semangat lagi.
Bertempik sorak tak berhenti.

Anak kecil aku yang berusia empat tahun bertanya ....
Ayah  !!   Harimau dengan Singa mana kuat?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan