Pengikut

Isnin, 3 Disember 2012

cubaaannn ....

Hidup ini sentiasa sahaja ada cubaanya. Ada masalah dan ia tidak mengira siapa. Mungkin kita melihat orang kaya dengan rumahnya yang besar, bini yang besar-besar, kereta mewah yang juga besar kita sangka mereka tiada masalah.

Mungkin mereka itu lebih bermasalah dari kita. Lebih derita hati dan perasaanya dari kita. Tidak lena tidur, jantung sentiasa bergerak laju, nafas pun sesak. Ubat berpuluh-puluh biji ditelan.

Pelbagai dugaan dan musibah ditimpa atas kita yang bergelar manusia ini. Ada diantara kita yang ditimpa rasa takut pada musuh, takut binatang buas, takut dilanda kemiskinan atau hujan tidak turun-turun atau hujan yang turun dengan banyak dan rumah kita sentiasa saja ditenggelami air.

Ada antara kita yang ditimpa  musibah jatuh miskin setelah sebelum ini kita hidup penuh mewah dan berkecukupan . Ada juga yang selama ini  sihat tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kronik. Ada yang bercucuk tanam namun buahnya tidak dapat dipetik kerana rosak.

Semua itu adalah cabaran kehidupan. Dan ingatlah akan satu firman Allah yang bermaksud.

"Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman , sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?




3 ulasan:

  1. Catatan yg menginsafkan .. t kasih saudara

    BalasPadam
  2. ramai orang yang gagal dengan ujian yang datang semasa senang lenang ..

    BalasPadam