Pengikut

Khamis, 20 Disember 2012

Disember 2012 ....






suasana ini aku rakam seminggu yang lalu,
tempatnya ialah di muara sungai Terengganu,
waktu itu masih ramai orang memancing di sini,
gambar ini dirakam sekitar jam 7 pagi,

matahari baru mula menyinar,
Subhaanaallah .. Maha Suci Allah Yang menciptanya

tapi kini,
suasana itu sudah berubah,
hujan sudah mula turun,
musim tengkujuh sudah mula melanda,
alunan ombak pun turut berubah,

biasanya bila bulan penuh
air laut akan pasang besar,
ombak mengganas,
pasti ada kampung-kampung  dipersisir pantai yang tewas.

Ya Allah selamatkanlah kami,
Hanya Pada Mu kami menyerah.

10 ulasan:

  1. Salam Abu Muaz,

    Cantiknya lukisan Allah. Semoga kehidupan kita juga seindah lukisan itu.

    BalasPadam
  2. Moga Allah SWT melindungi keselamatan hamba2nya yang bermastautin sepanjang pesisir pantai / sungai. Terbaca amaran jabatan meteorolgi minggu lepas tentang amaran ombak besar bermula Sabtu minggu lepas dan dijangka berakhir Khamis minggu ni ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga semua mereka selamat. Ombak semakin bergelora petang ini tuan di sepanjang pantai Tererngganu

      Padam
  3. Memang hebat ciptaan Allah. Laut boleh menjadi kawan dan boleh juga menjadi lawan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar sekali IM.
      ini adalah bulan di mana laut menjadi lawan.. semua itu adalah tentera Allah ia bergerak ikut arahan penciptanya.

      Padam
  4. Salam. TQ sbb pernah jd follower blog asal sy iaitu www.jukdin.com. Tapi blog itu telah ditutup dan saya kini menulis dari jukdin.blogspot.com.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ... terima kasih tuan atas info ini.

      Padam
  5. pic yg terakhir tu paling cantik..:)

    BalasPadam