Pengikut

Selasa, 22 Januari 2013

ujian .....

Assalamualaikum,

kita sering mendengar ada orang yang mengatakan tidak mahu campur urusan orang lain,
tidak mahu menjaga tepi kain orang,

ahhhh .... lantaklah apa nak jadi,
baik aku duduk diam-diam di rumah,
tidak ambil tahu berkenaan masyarakat,
cari makan sahaja , jaga anak bini lebih baik,

walaupun begitu,
cuba kita lihat kehidupan orang-orang yang seperti ini,

mereka tetap juga menerima ujian Allah,
samada kita lihat harta benda mereka dikurangkan Allah melalui bencana yang menimpa,
salah laku yang dilakukan,
kematian orang-0rang  yang disayangi,

buah-buahan dalam kebunnya tak menjadi,
harta kesayangan dimusnah dengan pelbagai cara oleh Allah,
oleh banjir,kemarau,ribut taufan dan sebagainya.

sebenarnya kita semua tetap akan menerima ujian dari Allah,
ujian itu adalah disebabkan oleh tangan-tangan kita sendiri
yang tidak menunaikan tanggungjawab di atas muka bumi Allah ini,


orang baik atau orang jahat,
orang yang ingat atau lupa pada Allah,
semuanya tetap akan diuji olehnya.



2 ulasan:

  1. As-Salam, Syeikh Mu'az,
    Subhanallah. Sangat terkesan hamba akan coretan tuan. Sangatlah benarnya.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. IM baru saja berpesan pada menantu IM sebagaimana tulisan tuan. Pesan IM, kita tidak boleh hidup nafsi nafsi. Kita perlukan masyarakat samada ketika hidup ataupun mati.

    BalasPadam