Pengikut

Sabtu, 4 Disember 2010

aku tabik keberanian kamu......

Awal Muharam datang lagi. Orang ramai akan bercakap tentangnya untuk satu dua minggu ini. Para penceramah akan sibuk memenuhi pelbagai undangan.

Baguslah sekurang-kurangnya ada peringatan untuk peristiwa besar itu.

Peristiwa Hijrah ......
bila kita membaca kisahnya akan ditemui kisah keberanian anak-anak muda ketika itu. Saidina Ali, Asma bt Abu Bakar, Abdullah (Anak Saidina Abu Bakar juga) dan seorang lagi anak remaja yang aku lupa namanya.... tapi yang pasti dia juga berperanan besar dalam membantu hijrah Rasulullah s.a.w.

Saidina Ali anak muda berjiwa besar yang sanggup menjadi galang ganti batang tubuh Rasulullah s.a.w berbaring dikatil baginda . Beliau tahu bahawa beliau akan dibunuh oleh anak-anak muda quraisy yang sedang mengepung rumah nabi. Entah jenis pil atau dadah apa yang diambil oleh para belia quraisy waktu itu.... misi dan arahan ialah bunuh Muhammad.

Asma seorang anak gadis ..... bersedia memikul amanah yang diberikan. Menyiapkan makanan untuk dihantar pada ayahandanya dan Rasulullah s.a.w. Keberanian yang tiada tolak bandingnya dalam sejarah anak gadis remaja dalam dunia ini. Waktu itu sudah tentu para special branch, anggota unit risikan quraisy berada dimana-mana . Sungguh kental jiwamu Asma.

Abdullah ditugaskan untuk menghantar makanan ke gua Thur. Oh bukan calang-calang anak muda untuk melakukan misi ini. Jika tertangkap sudah pasti bukan I.S.A dikenakan tapi tentu digantung atau bunuh sampai mati.

Seorang lagi anak remaja yang berjasa besar ialah yang bekerja sebagai pengembala kambing. Ditugaskan untuk melenyapkan jejak Asma dan Abdullah ketempat persembunyian Nabi s.a.w.

Sungguh licin perencanaan hijrah ini. Bukan calang-calang misi. Itulah yang diajar oleh baginda s.a.w kepada kita jika ingin berjaya dalam mencapai sesuatu. Jangan mengambil sikap mudah dan jangan membabi buta dalam hidup ini.

Watak- watak inilah yang sepatutnya menjadi ikutan untuk anak-anak muda kita.
tapi sayangnya mereka salah memilih idola .......

Maal Hijrah
kedatangan mu kali ini disambut dengan beban kenaikan harga barang yang pastinya makin menyukar dan menyempitkan kehidupan rakyat bawahan.

5 ulasan:

  1. Salam Tuan selamat menyambut maal hijrah juga drp saya.

    BalasPadam
  2. betul....idola budak2 skrg artis kan...ish2,,,

    BalasPadam
  3. penang best. ada forum, himpunan ummah dan majlis ibadah oleh kerajaan negeri.

    BalasPadam
  4. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. KITA PERLU SENTIASA BERHIJRAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK

    BalasPadam
  5. kita perlu hijrah kepada kerajaan yg lebih bertanggung jawab dan perihatin kepada rakyat dan bukannya hanya kepada kroni..

    BalasPadam