Sudah dua hari Terengganu dilanda hujan. Sejuk sudah mencengkam tulang. Aku rasakan kesejukan ini sudah mengalahkan sejuk salji.... tapi aku tak pernah pun bermain salji.
Sekarang musim orang sibuk membicarakan soal pendidikan seks di sekolah mulai tahun depan.
Semua pakar-pakar mula bercakap.
Pakar motivasi,kauseling,kanak-kanak,agama tak lena tidur sekarang.
Menteri Pelajaran, Menteri Pembangunan Masyarakat sedang rancak dengan isu ini .
Semalam melihat perbincangan di TV antara Timbalan Menteri Pelajaran , Pengerusi majlis PIBG negara dan seorang lagi Dr. Harlina (kalau tak salah ingatan aku yang hampir lima puluh ini.)
nampak macam kementerian tak berapa bersedia .....
pandangan Dr. Harlina antaranya ialah sejauhmana kemampuan ibubapa untuk menghadapi itu semua...
aku ini ibubapa...
macammana nak hadapinya pun aku tak tahu...
bukan ada kemahiran pun...
tak pernah pula diberikan modul,
tak pernah diajar apapun.
jangan lakukan sebarang dasar secara sembrono,
padahnya sukar dijangka.
jangan lakukan sebarang dasar secara sembrono,
BalasPadampadahnya sukar dijangka.
SAYA SETUJU DENGAN PANDANGAN AM. BUKAN SAHAJA SUKAR DI JANGKA, DIKHUATIRI KEROSAKANNYA TIDAK BOLEH DIPERBAIKI LAGI.
BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT. SESAL DAHULU PENDAPATAN ..!
salam..ila pun setuju.....walaupun bukan menjadi ibu bapa lagi...he2...;-)
BalasPadamPelajaran seks kat sekolah.? Perlu ker? Tak faham gak.? Tapi mula belajar fasal seks dulu masa Form 1 subjek Science - Biology Chapter Reproduction. Agaknyer sebab zaman skrg ni banyak sgt kes rape and buang bayi di kalangan remaja. Lebih baik tekankan pendidikan agama utk mantopkan iman.
BalasPadam