Pagi hari terakhir 2010....
Cuaca sangatlah sejuk,
hujan tak berhenti dari semalam,
confirm ramai tak mandi pagi ini,
melainkan yang terpaksa mandi,
sejuk pun sejuklah..... terpaksa.
Kerajaan Negeri Kelantan ,Terengganu dan Kedah juga mengisytiharkan Ahad, 2 Januari 2011 sebagai cuti umum.
apa sebabnya perkara cuti ini menarik perhatian ku?
teringat waktu Terengganu menjuarai piala Malaysia pada tahun 2001 , kerajaan Terengganu yang diketuai oleh haji hadi Awang mengisytiharkan cuti pada hari berikutnya.
kelam kabut jadinya,
ada pergi kerja,
ada hantar anak ke sekolah,
macam macam berlaku.
pelbagai tafsiran dibuat atas pengumuman itu.
ada yang kata cuti tu untuk kakitangan negeri sahaja yang persekutuan tak terlibat.
bodohnya,
media dan rangkaian penyiaran lain pun tak membantu.
ketua bagi pentadbiran negeri memang YAB Menteri Besar,
dari parti mana tak kiralah,
mereka yang menang pilihanraya, maka kita kena hormatilah,
kalau tak puas hati mari kita gulingkan pula pada pilihanraya nanti.
ikutilah prinsip demokrasi itu,
tapi kalau tak ada perkara yang salah dilakukan,
untuk apa digulingkan mereka,
kita tukar yang banyak membawa masalah,
seorang bukan islam yang jadi pemerintah,
tetapi menghormati perlembagaan dan kedaulatan undang-undang adalah lebih baik dari seorang islam yang rasuah dan mempermainkan peraturan.
eehhh kenapa melalut aku pagi-pagi ni,
maaflah mungkin kerana cuaca sejuk menyebabkan aku merapu.
oh satu hal lagi,
semalam adik aku beritahu anaknya yang akan masuk darjah satu kena hadir majlis orientasi pelajar baru.
majlis orientasi pelajar tahun satu ,,,,,
macam nak masuk U ,
eeehhh,, macam macam ni,
perlu ke sampai begitu sekali,
budak-budak ni sudah lama berada di tadika,
dari empat tahun lagi pun ada,
aku tak tahulah,
aku bukan pakar,
tapi pelik,
masalah sosial pelajar pula semakin parah.
ada satu lagi yang terakhir,
piala AFF suzuki tu tak payahlah diarak ke DUN Tenang,
tak TENANG Rajagopal dan anak-anaknya.
malam ni pula jom lepak sampai pagi,
ambang tahun baru,
dari menteri sampai petani,
selamat tahun baru masihi..... 2011
selamat menyambut Tahun Baru 2011
BalasPadamsalam...
BalasPadamselamat weh....hari2 dok gitu juga kecuali umur semakin meningkat...
ada lagi manusia bodo sombong macam ni 'lening...... menatang celaka sungguh....!!! dia ingat hebat dia pada Tok Guru Nik Aziz...?
BalasPadam1. esok mesti pak cik yang sapu sampah mengeluh kerana jumpa banyak kondom..
BalasPadam2. url anda telah IM masukkan ke bloglist 2011. teruskan berkarya..
semoga apa yang kita harapkan dapat dipenuhi di sepanjang 2011 ini....
BalasPadamselamat tahun baru~~~
BalasPadamSalam.
BalasPadamSelamat tahun 2011.
Penutup 2010 ada tambahan cuti bola. Tahniah juga harimau malaya.
TQ
Admin P@P : ya, salam kenal tuan.
BalasPadamHonEyBuNNy: selamat tahun baru jua
BalasPadama kl citizen :insyaAllah
BalasPadamInsan Marhaen :makin hancur bangsa kita . t.kasih IM
BalasPadamCikgu Jang: salam cikgu.
BalasPadamCekWa :t.kasih cekwa.
BalasPadamAla Hai : alahai
BalasPadam