Pengikut

Rabu, 15 Disember 2010

makhluk confirm lemah...

Manusia dikurniakan otak. Satu kurniaan yang besar dan sangat tinggi nilainya. Manusia juga mempunyai rupa bentuk dan strukturnya yang unik.

Ketinggian dan kecanggihan otaknya membolehkan ia berfungsi untuk berfikir. Otaknya itu membezakan ia dengan makhluk lain.

Kemampuan berfikir itu menunjukkan ia ber'aqal. Namun makhluk kerdil ini sudah tentulah terhad kemampuannya berbanding dengan alam ini, apalagi dengan penciptanya.
Tidak mungkin mana-mana individu mampu untuk berfikir tentang keseluruhan kejadian alam ini apalagi perkara-perkara yang diluar cangkupan pancaindera.

Di sinilah sepatutnya lahir suatu keinsafan betapa manusia ini saling memerlukan antara satu sama lain. keinsafan ini secara tidak langsung memperakui dan mempersaksikan bahawa hanyaAllah swt sahaja yang berdiri di atas dirinya sendiri.

Dan makhluk itu pasti bersifat lemah.

3 ulasan:

  1. Tiada suatu apapun dim muka bumi ini yang dapat menandingi keagungan DIA...

    BalasPadam
  2. Salam Tuan, Benar kita hanya bertaraf hamba Allah sahaja di muka bumi ini. Semoga semuanya dapat di jadikan iktibar buat kita bersama.

    BalasPadam
  3. salam.....ila setuju sgt dengan entry neh...membuat ila terfikir...

    BalasPadam