Pengikut

Sabtu, 31 Disember 2011

bye 2011

Sudah seminggu tidak menconteng blog ni.
Bukan menconteng arang di muka ... bahaya tu.

hari terakhir 2011 .. mesti kena conteng sesuatu ni ... tapi aku nak conteng apa ... buntu.


tapi elok juga dingatkan bahawa hari ini 31 Disember 2011
esok 1 Januari 2012 ...

Sebelum 12 tengahmalam ni aku mesti conteng sesuatu yang menarik sepanjang tahun ini.
(kalau masih panjang umur)

Ahad, 25 Disember 2011

satu rumah di syurga

Salam 29 Muharram .

Terbaca saya satu hadis sementara menanti waktu subuh tadi.

Rasulullah saw bersabda :

Aku adalah penjamin satu rumah di halaman syurga bagi sesiapa yang meninggalkan pertengkaran walaupun ia berada di pihak yang benar. Dan aku penjamin satu rumah ditengah-tengah syurga bagi sesiapa yang tidak berbohong walaupun ketika bergurau dan aku adalah penjamin sebuah rumah ditempat tinggi di syurga bagi sesiapa yang elok perangainya.


akhlak, akhlak yang baik adalah seruan baginda s.a.w.
akhir zaman ini ramai manusia berbangga dengan kerosakan akhlak.

terbalik kehidupan kita.

Selasa, 20 Disember 2011

wang besar, wang besar




mula-mula 100 ringgit untuk semua murid sekolah,



dapat baucer pula 200 ringgit,



kemudia beratur dapatkan borang di LHDN ... untuk lima ratus ringgit,



wang BESAR , WANG besar ....

V


V




V




V




gula-gula memang manis


Ahad, 18 Disember 2011

Arif ....yang tidak tahu .

Marilah kita sama-sama menginsafi bahawa tiada yang layak disembah melainkan Allah ... Tuhan Rabb, Pencipta,Pengatur dan Pentadbir Alam.

Tuhan yang berhak menentukan apakah peraturan terbaik untuk hambanya guna sebagai panduan kehidupan di dunia ini.

Yakinlah bahawa hanya undang-undang dan hukum Allah sahajalah yang mampu memenuhi kehendak syariat yang diturunkan untuk menjaga agama,nyawa,aqal,keturunan dan harta.

Jika tidak rosaklah alam dan kehidupan di dunia ini. Berlakulah apa yang sepatutnya tidak berlaku. Kita dikejut lagi dengan kisah Arif dan mungkin ramai lagi Arif yang akan menyusul nanti.


Menteri pula berkata :
"Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.

Jadilah kita hambanya yang tunduk kepada perintahnya sebagaimana tunduknya alam cekerawala termasuk bulan dan matahari kepada perintah Allah yang Maha Berkuasa itu.

Khamis, 15 Disember 2011

mari bersenam dengan basikal,

sewaktu membawa balik basikal ini semua orang dalam rumah tertawakan saya.......

ada kata berapa lama nak berkayuh tu?
nak ganti Anwar Manan ke?
kejap je tu ....
tengoklah nanti ...


bersama anak sulong saya yang bercuti dari belayar waktu ni,



ini teman sekolah yang sudah tiga puloh tahun tak bertemu,
dia ni memang gila berbasikal sejak waktu sekolah lagi,

antara tempat yang telah saya daki,
bukit Pak Apil ... tempat letaknya RTM Terengganu,



kayuh pakcik,kayuh....

periksa angin,
periksa brek,
cuma tiada minyak hitam jeee,

menuruni bukit,
best giller

bukit di taman panorama ... k.terengganu,


hingga kini sudah enam bulan saya menggilai aktiviti berbasikal ini,
rasa macam muda kembali,

apa yang penting?
kesihatan mesti diutamakan
kalau terlantar ,
bawa makanan, buah, kuih semua sudah tak berguna lagi,


Isnin, 12 Disember 2011

SELAMAT BERANGKAT BALIK...



Hari ini Sultan dan Sultanah Terengganu akan berangkat balik selepas menunaikan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang akan berkuat kuasa pada 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun.Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Istana Negara akhirnya ditinggalkan setelah lima tahun mencurah bakti.

Selamat berangkat balik.

Ahad, 11 Disember 2011

Allah ... pentadbir seluruh alam




Pada malam ini kita dapat saksikan bagaimana kejadian gerhana bulan penuh. Kejadian ini adalah untuk kita menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t sebagai pentadbir seluruh alam.

Segala peredaran cekerawala, bumi,bulan, matahari teratur setiap hari secara silih berganti. Matahari beredar di waktu siang manakala bulan beredar di waktu malam. Semua itu adalah kudrat dan iradat Allah s.w.t jua.

Ia mempunyai hikmat dan tujuannya tersendiri. Antara tujuannya membolehkan manusia bekerja di siang hari dan pada malamnya pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.

Kejadian gerhana bulan dan matahari ini menunjukkan kepada kita bagaimana kedua kejadian ini walaupun hebat tetapi tetap berada di bawah arahan perintah Allah.

Betapa malangnya sekiranya ada umat manusia yang menjadikan bulan,matahari dan sesuatu yang lain dari Allah sebagai tuhan yang disembah . Begitu juga ramainya manusia yang hanya merasa bagaimana hebatnya pergerakan bulan,matahari dan segala cakerawala yang lain di atas landasan orbit tanpa berlaku perlanggaran antara satu sama lain tetapi golongan ini gagal menjejaki adanya Allah yang mengatur segala pergerakan tersebut.

Inilah antara kelemahan akal manusia yang sangat terbatas had kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka manusia tidak mampu mengenali Tuhan penciptanya walaupun terlalu kagum dengan alam ciptaannya.

Sabtu, 10 Disember 2011

mari la ke kuala terengganu ...

cuti sekolah tinggal 20 hari lagi,
tak kemana-mana kami,
sibuk memanjang,
semalam jumaat aku mencuri sedikit masa keluar dengan anak-anak,







cik isteri menaiki menara Taman Panorama di bandar K.Terengganu,
projek jutaan ringgit,
mengorbankan banyak pokok yang mengeluarkan oksigen,
pembangunan mesti diteruskan,


Taman ini terletak lebih kurang dua km ke pusat bandar,
kalau menginap di Hotel Felda , Pulau Kambing ia jelas kelihatan,



ini jambatan Sultan Mahmud yang dapat dilihat,
dari menara,


dibelakang saya adalah sebahagian bandar Kuala Terengganu,
saya berbasikal ke sini,
boleh tahan lagi,

ini pemandangan biasa mana-mana projek tanah tinggi,
jangan runtuh masa aku di sini sudahlah,

Menara Taman Panorama....
semua arah bandar k.Terengganu dapat dilihat dari sini,

ada taman permainan disediakan,
sangat sesuai untuk membawa anak kecil,
udaranya masih tidak tercemar

anak kecilku si MUaz takut melihat ke bawah,
gayat....


gembiranya mereka,
melepaskan stress,
si muaz dua kali tersungkur kerana tak dapat kawal badan menuruni bukit,


matahari terbit dari arah laut cina selatan,

hotel felda ... kelihatan dari sini,

tak tahu untuk apa bangunan ini,
pejabatke atau hotel ?
tiada sebarang tanda
taman ini masih belum dibuka lagi.

laluan pelajan kaki ...
bagi yang suka cabaran,


jom mendaki,
jika berkunjung ke Kuala Terengganu,
nak saya temankan pun boleh.
hello, hellokan saja


Selasa, 6 Disember 2011

Ramainya manusia yang melakukan kerja-kerja jahat disekeliling kita,
mereka yang sesat yang melawan peraturan yang Allah tetapkan,

menzalimi sesama manusia,
lalu kita mempersoal apakah langkah yang wajar diambil untuk membendung ini semua?

seminar itu , seminar ini ,
gubal itu, gubal ini,
akta itu, akta ini,

jenayah tetap berleluasa,
penjenayah senyum,
pembekal dadah makin kaya raya,

rumah pangsa, rumah mewah,
rumah orang miskin, rumah pak - pak menteri,
tiap pintu dipalang bagai penjara,

rumahku syurgaku,
syurga apa kalau hidup dalam ketakutan,

sebenarnya Allah telah tunjukkan penyelesaiannya,
Nabi besar kita mengajar dalam soal akhlak,
balasan baik dan jahat,
pahala dan dosa,

apakah pengajaran akhlak ini diajar dengan betul atau tidak kepada masyarakat,
jika ada manusia yang tiada akhlak, kurang akhlak,

Allah telah mengajar manusia dengan
mewajibkan Qisas, Hudud dan Takzir.


usah dipersoal lagi.
dengar dan taatlah.

Ahad, 4 Disember 2011

sudah empat disember .... 8 Muharram

empat disember 2011,
lapan Muharram 1433,

cepatnya masa berlalu,
sudah hampir 2012,

azam 2011 hanya tinggal azam,
ni nak azam baru lagi,

dari banyak ber azam-azam,

jangan lupa dan buat-buat tak dengar pula.... azan,
moga 1433 dan 2012 ini menjadikan aku lebih baik dari masa lalu,

lebih untuk mengerjakan kebajikan,
lebih untuk solat tepat pada waktunya,
lebih perihatin dan cakna pada ibuku,
lebih takut padamu .. YA ALLAH.


lebih,lebih, lebih segalanya,

Rabu, 30 November 2011

soalan ramalan SPM ... sejarah 2012


1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Brunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO


11. Siapakah yg selalu menaikkan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO


12.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO


siapa, siapa dan siapa?

soalan-soalan ini adalah warming up sebelum PRU 13....

kalau tak setuju jangan dilayan,
kalau nak marah pendamkan saja,

moga semua ceria hari ini.


Selasa, 29 November 2011

pencemar alam...

pagi-pagi sudah mencemar alam,
ini yang aku tak faham,
pembakaran terbuka,

tengok apa yang dibakar,
bekas-bekas plastik,

sumber pendapatan yang dibazirkan,
kalau sudah banyak duit letakkkan saja di tepi tong sampah,

matapelajaran apa yang diperlukan lagi,
kempen apa yang belum dilaksanakan?

Ahad, 27 November 2011

sekali air bah,

alhamdulillah dia menjengukkan diri pada hari ini,
sudah seminggu dia menghilang,
memang Allah ciptakan semua benda di dunia ini dengan tugas tersendiri,

pagi ini aku berkayuh,
sudah lama tak bergohek ni,
cuaca yang tidak menentu membantutkan aktiviti harian,

badan rasa segar kembali,
alhamdulillah.lelaki tua ini sudah mendahului aku,
seawal pagi dia sudah keluar,
berkayuh sambil mencari barang terbuang,
aku melihat dalam basikalnya sudah banyak tin-tin terkumpul,
rajin dia ni,
pagi ini katanya dia akan perolehi wang sebanyak 8 ringgit,
ok la tu,
tidak perlu mengharapkan dari orang lain,




sekali air bah,
sekali pantai berubah,
sampah sarap ini sebenarnya ada sumber pendapatan di situ,
kalau rajin berusaha,

tin,botol,kayu-kayu yang pelbagai bentuk dan ukiran,
kalau rajin semua boleh jadi,
malangnya rezeki terhad,
kalau jam 2 petang pun masih berdengkur,

salam hijratul Rasul... 1433H

Khamis, 24 November 2011

peristiwa .... musim tengkujuh Terengganu

Rakaman peristiwa yang berlaku di musim tengkujuh yang baru bermula di Terengganu


sebuah kapal sudah terdampar di pantai Batu burok ... ditewaskan oleh angin dan ombak yang menggila


bot penambang yang masih setia menabur bakti ....


pertandingan monsun cup sudah bermula .... permainan orang kaya-kaya ... yang belanjanya menjejah jutaan ringgit ... rakyat hanya dapat seratus ringgit buat belanja anak sekolah.



lumba basikal jelajah Terengganu juga turut diadakan di musim hujan ini...

pokok Rhu tumbang juga .... nasib baik tiada yang terkorban


air sudah hampir mencecah jeti Shahbandar K.terengganu ...
kalau hujan berterusan mungkin tenggelam juga nanti



sekian lapuran bergambar
selamat bertandang ke Terengganu

Selasa, 22 November 2011

ikan jeruk musim tengkujuh

musim tengkujuh sudah mula melanda,
sudah ada yang pindahkan semalam,
angin mula menunjukkan kekuatannya,
hujan juga begitu,
awan tebal bergerak laju,
sang matahari sudah malu-malu untuk menjelma,

kalau ada cadangan nak melawat Terengganu sila dapatkan info terkini banjir,
jangan terkandas di jalanan,

apa yang menjadi kegemaran aku bila musim tengkujuh ialah,
IKAN JERUK ... atau ikan pekasam.

semalam ke pasar membelinya,
harganya sudah 20 ringgit sekilo,
baru seminggu hujan,

ikan gelama yang dijeruk masin,
dibakar dalam daun pisang,
diperah asam limau,
dipenyek (bahasa terenagganu) dengan lada jarum ,
dimakan dengan bawang merah...

best,best ...
tanpa kuah , nasi boleh di makan sampai tiga pinggan.
mertua lalu di belakang pun tak sedar.



Isnin, 21 November 2011

malam ini bola sukan SEA...

Hujan tak berhenti,
sejuk sudah menusuk sampai ke tulang,
sudah tiba musim yang ditunggu-tunggu,
terutama oleh para peminat kapal layar,

mungkin peminat kapal layar melebihi peminat bolasepak di Terengganu ,
mungkin sebab itu peruntukan besar untuk pertandingan ini diberikan,

nanti larislah jualan para peniaga kerepok, air tebu, ikan kering,
berebut para Mat salleh membelinya nanti,

selepas monson cup ini jadi jutawanlah para peniaga Terengganu , mudah-mudahan.

pagi tadi aku sempat singgah minum kopi di sebuah warung,
apa lagi kalau bukan pasal bola sukan SEA malam ini,

bergegar gelas air kopi Radix aku,
dihentaknya meja kerana marahkan gelagat penyokong Indonesia,
pelbagai kata dilontar,
aku tumpang semangkuk,
bangga aku melihat semangat patriotik anak-anak muda tanahairku,

selepas teruk dihentamnya Indonesia,
mereka menghisap rokok gudang garam tanpa segan silu,


hampehhh ......

apapun sebenarnya kita dikelilingi para penyokong garuda,
tukang kebun Garuda, bibik garuda, driver Garuda, jaga Garuda,
silap-silap bini muda pun Garuda,...


selamat berjuang harimau .....

TETAP DIKEMBALIKAN....

Selesai solat subuh tadi sempat mendengar bacaan quran surah alwaqiah oleh Sheikh Misyari.
Sungguh menusuk kalbu walaupun aku tak faham bahasa Arab tapi itulah mujizat al quran.

Antara yang sangat menyentuh ialah bila ada persoalan mengenai hari kebangkitan. Bila ada orang bertanya adakah selepas kematian ini selepas menjadi tanah dan tulang kita semua akan dihidupkan kembali?

Adakah juga datuk nenek kita yang mati ribuan tahun lalu turut dibangkitkan semula?

Allah Maha Besar.

Dan inilah jawapannya .... surah waqiah ayat 49-50)
Katakanlah kepada mereka ," Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang terkemudian "Tetap akan dihimpunkan pada masa ditentukan - pada hari Qiamat yang termaklum.

Ahad, 20 November 2011

ikan keli ...


memang meletihkan menguruskan majlis perkahwinan,
sudah tiga kali ke pusat reflexologi selepas majlis,
apa pun semua sudah selesai... alhamdulillah



semalam disedekahkan empat ekor ikan keli,
takut juga terkena bisanya,
besar - besar juga,








kelincahan keli - keli ini akhirnya terkulai juga di tangan aku,
aku masukkan garam kasar ke dalam bekasnya,
tak berapa lama semuanya tewas.







bau hanyirnya hilang dengan menggunakan daun jambu batu,



inilah kesudahannya,
bestnya dimakan panas-panas dalam musim hujan kini.


ikan keli berlada ... ummmmmppppp.

Ahad, 13 November 2011

perkahwinan anak perempuanku....



Alhamdulillah tarikh 15 zulhijjah 1433 bersamaan 11.11 . 2011 sebahagian tanggungjawabku sebagai ayah selesai,

wahai anak perempuan kesayanganku,
laksanakan semua kewajipan dengan penuh keberanian,
ketahuilah bahawa urusan luar rumah ialah tugas suamimu
adapun tugas dalam rumah ia adalah tugasmu sendiri

pergilah dengan sejahtera ,
moga kamu berdua sentiasa berada dibawah rahmat Allah.

Rabu, 9 November 2011

senyum sikit ....



Assalamualaikum,
Rasanya sudah lama tidak menziarahi rakan-rakan maya ,
kesibukan sejak akhir-akhir ini menggangu tumpuan berblog,
baru mempunyai 235 pengikut sudah tidak terlayan,
tu baru 235 orang , kalau jadi Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri bagaimana ia?
melayan pelbagai kerenah rakyat, tambahan pula rakyat kini sudah semakin matang,

benar ada ramai pembantu tetapi sebagai ketua mesti kena jenguk-jenguk juga kerja anak-anak buah.
janganlah PA, driver, pembantu pejabat berlagak lebih sudu dari kuah ,
rosak ketua nanti.

Pagi tadi ke pasar payang membeli persiapan terakhir untuk majlis mendirikan masjid anak kedua aku.
Sudah beberapa kali ke pasar minggu ini masih ada lagi barangan yang tertinggal belum terbeli.
Letih juga ,
tapi inilah pengalaman pertama aku,

tapi yang menggeramkan aku ialah sikap sesetengah dari penjual bangsa kita ,
muka yang masam mencuka,
tolonglah senyum sedikit melayan kami para pengguna ni,
aku datang nak bagi duit kepada kamu,
tak bolehke berikan senyuman manis,
bukan nak minta duit kamu tetapi nak beri duit,

kempen tinggal kempen sahaja,
senyumlah wahai cek mek molek,

sebab itulah Rasulullah s.a.w bersabda senyum itu sedekah.



kalau senyum begini pun sudah kira ok ...

Isnin, 7 November 2011

suasana ibadat korban .....









walau letih kepuasan jelas terbayang di wajah masing-masing,
yang penting melaksanakan kewajipan ibadah ,

semangat perjuangan nabi Ibrahim a.s mesti diikuti,
sifat keberanian nabi Ismail a.s wajar dijadikan idola anak muda kita,
seorang ibu, isteri dan wanita .... pengorbanan yang tiada tolak bandingnya di dunia ini.. Siti Hajar a.s

nama-nama besar yang wajib dikenali dan dicontohi.