Pengikut

Rabu, 7 September 2011

orang jahat makin berani......

melihat satu rakaman cctv mengenai satu rompakan di kedai mamak...
kejadian pada 28 ogos lalu di syeksen 15 Shah Alam....

beraninya orang jahat sekarang,
orang yang baik dan tidak berdosa pula yang kena lari menyelamatkan diri,

dunia sudah parah,
tapi masih ada orang yang menegak benang basah,
kadar jenayah masih rendah,
tak tahulah aku sifir mana diguna,

begitu juga statistik ops sikap,
makin meningkat tahun ini,

barangkali kehidupan kita sekarang yang bebas mengamalkan amalan riba dalam jual beli kenderaan itu mungkin juga faktornya,

ambillah peringatan dari baginda Rasulullah s.a.w yang telah memberitahu pada kita akan tanda akhir zaman.

Drp Aisyah ra berkata :

"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".

tanda tersebut orang jahat makin berani ...
jenayah makin parah.

5 ulasan:

  1. banyak sgt dah tanda-tandanya ni....!

    BalasPadam
  2. IM baru saja berbual dengan kawan IM yang kuat UMNO tentang Malaysia sekarang ini sebenarnya tak cukup selamat. Beberapa hari lepas isteri jiran belakang rumah IM diragut rantainya ketika sedang menyapu di depan rumah.

    BalasPadam
  3. salam pak cik...

    memang takot sekarang neh...mana2 pun kita kena hati2 kan...

    BalasPadam