Pengikut

Jumaat, 9 Julai 2010

biar kena caranya.............

Lelaki seringkali melihat wanita suka berleter.

Mungkin kerana perkataan yang wanita ucapkan itu timbul anggapan demikian.

Mari kita lihat contohnya:

"Sampah sampai penuh di dapur, seorang pun tak nak buang. Yang menyepahnya ramai, yang nak bekerja cuma saya seorang. Manalah tahan ni!!!! Sampai busuk bau dapur niii... Manalah hati tak geram!!!!


sebenarnya apa maksud wanita itu? memanglah perkataannya panjang berbelit, pedas dan tidak jelas apa yang dia mau.

ia sebenarnya hanya mahu menyuruh anda membuang sampah yang penuh di dapur ke dalam tong sampah di luar rumah.

itu saja......

wanita yang lebih bijaksana , yang faham hati lelaki akan bercakap sedikit sahaja.....

'abang.... tolong buangkan sampah...'

inilah yang mahu didengar oleh lelaki..... kata-kata yang jelas, padat, tepat.... dan ada di situ kalimah tolong atau bantu.

jangan marah yeeeee.... apa macam relevan, abang hamzah....betul ke tak?

5 ulasan:

  1. salam

    heheheh
    memang ada betulnya,
    tapi kan nanti org laki kata kena suruh pulak, mungkin wanita tak nak suruh2 , nak lelaki tuh faham2 sendiri dan tolong, tak perlu di suruh kan.
    ada rasa tanggungjawab bersama juga disitu,
    heheheh...

    BalasPadam
  2. Syukurlah kakcik tak perlu cakap apa2 bab buang sampah kerana Suami tahu itu tugasnya! :)

    BalasPadam
  3. kdg2 elok juga kena leter kalau tak reti2 bahasa.
    kalau tetap xreti2 bahasa, susahla...

    BalasPadam
  4. kena sabo bebanyak
    kedua belah pihak kena saling memahami..

    BalasPadam
  5. salam,

    mungkin itu sifat semulajadinya..

    BalasPadam