Pengikut

Ahad, 18 Julai 2010

sehangat api.....

setiap kejadian Allah semuanya berguna untuk manusia dan alam ini.
lalat yang hina dina itu pun sudah diguna pakai dalam rawatan penyakit kencing manis .
tengok ulat pun orang sudah geli ....tapi dunia perubatan kini menggunakannya untuk menyembuh penyakit diabetis.

api banyak jua kegunaanya. ia menerangi kegelapan malam. ia menghangatkan suasana . ia jua boleh menjadi hiasan yang indah.

api juga adalah lambang cinta antara manusia.

wanita yang bersifat api itu hangat cintanya kepada suaminya, bersifat sedikit cemburu tetapi itu semua kerana cintanya yang mendalam.

wanita perlulah menyesuaikan sifat alam yang manakah yang akan diguna pakai dalam memastikan keharmonian rumahtangganya berkekalan.

gunakanlah kebijaksanaan dalam memilih sifat alam yang baik agar ia menjadi petua yang berguna.

6 ulasan:

  1. Api kecil-kecil jadi kawan tapi bila besar jadi lawan. Cemburu yang sedikit mengikat kasih sayang suami isteri tapi cemburu yang berlebihan membawa kesan yang buruk.

    BalasPadam
  2. selalu menjadi tanah...
    kekadang menjadi ribut...
    tapi sering memasak mengguna api, kalau tak, tak masak2le jawabnya

    terbaru dari saya : persoalan berat yang perlu ditangani

    BalasPadam
  3. hatta, ba alif ba ya pun tuhan jadikan ada gunanya. tidak pada kita tetapi pada bangsa lain.

    kehidupan ini masih banyak misteri yang belum terungkai oleh saiz pemikiran kita yang kecil...

    BalasPadam
  4. Insan Marhaen :benar sekali tuan. tak terjangkau oleh pemikiran biasa kita mengenai alam yang indah kejadiannya ini.

    BalasPadam
  5. a kl citizen: bagusnya cikgu pandai menyesuaikan diri dengan pelbagai sifat yang membawa kebaikan ini.

    BalasPadam
  6. Tirana :jangan ikutkan sangat perasaan. itulah yang merosakkan segala kehidupan yang baik ini .

    BalasPadam