tempat nyamuk berkaoroke, berasmara, ..... semua ranap. ... kalau nyamuk boleh aku faham bahasanya sudah tentu banyak perkataan lucah, mencarut dilontarkan kepada aku.
lebih baik aku hancurkan tempat-tempat maksiat sang nyamuk ini dahulu sebelum mereka menghancurkan anak cucu aku dengan virusnya. cuma aku lakukan semua kerja ini keseorangan, kerana semua orang lain bekerja waktu pagi.... jadilah program ini gotong saja........ tanpa royong.
bila bangun waktu subuh pagi tadi rasa sangat segar.
mood dalam keadaan baik. ......urat saraf yang bengkok barangkali semua sudah kembali ketempat asalnya.(t.kasih MEM besar)
melihat keliling rumah , yang pastinya banyak sampah lama tak terbuang.
jam 9 pagi aku terpacak di depan kedai hardware. aku beli apa yang patut dibeli bagi menggantikan peralatan yang sudah rosak.
esok pastinya aku akan jadi pekerja Majlis Bandaraya menyapu bersih apa yang ada.(kalau relevan duduk dekat negeri aku, pasti aku pinjam lorinya sebuah)
kepada nyamuk baik kamu lari dahulu malam ini sebelum aku serang tempat kamu esok.
barang-barang ini aku beli tunai ..... tak payahlah buat pesanan kerajaan. harganya pun macam biasa tak perlu di upkan jadi 10 % ke atau 15 % .
doktor pula bergaduh..... depan pesakit yang nak bersalin.... kenapa nak tahu? ,,,,,,,,
bertengkar siapa yang patut bertugas? hasilnya bayi meninggal kerana sesak nafas.
Niii..... di Brazil bukan Malaysia..... tapi tak pelik juga nanti berlaku ditempat kita... tak mustahil,tak mustahil.
ini perang antara doktor. perang antara ahli politik tentu lebih dasyat. kuasa doktor yang terhad sudah jadi macam ni, kuasa orang politik yang tiada batas memungkinkan segala-galanya.....