Pengikut

Jumaat, 21 Mei 2010

sekitar perhimpunan membantah lesen judi bola piala dunia..

menghadiri perhimpunan membantah pemberian lesen judi sempena bola piala dunia selepas solat jumaat tadi.....
antara ratusan pembantah yang hadir..



jemaah solat jumaat yang sama-sama melahirkan perasaan benci terhadap pihak berkuasa yang meluluskan lesen judi


dari atas kenderaan inilah curahan rasa hati yang membenci pemberian lesen judi diluahkan...



masjid inilah yang akan menjadi saksi di akhirat nanti.... bahawa umat islam Terengganu membantah pemberian lesen untuk berjudi.




walaupun tuan-tuan berada di bawah panas terik matahari percayalah tuan-tuan akan diberikan pahala oleh Allah swt. kerana tidak bersetuju dengan tindakan ini.... judi adalah suatu perkara yang dikutuk oleh semua agama .



bacaan doa yang mengakhiri perhimpunan ini....... moga Allah membalikkan semula hati-hati manusia yang telah meluluskan lesen judi bola ini.

ada suara berkata... tujuan lesen ini diberikan adalah untuk mengawal perjudian haram yang tetap akan berlaku juga nanti.

apakah Allah yang mencipta alam ini tidak mengetahui bahawa bola piala dunia akan diadakan pada jun ini? hukum haramnya judi pasti ada hikmatnya..... sudah banyak keluarga yang hancur, isteri dijual sebagai pelacur, anak-anak menderita bila bapa mereka adalah kaki judi.

8 ulasan:

  1. syabas org trengganu atas usaha anda semua!!

    BalasPadam
  2. Di manakah 'mereka' meletakkan kesucian agama??? :(

    BalasPadam
  3. Salam en Abu Muaz..

    Asal jadi je tak kira apa bentuk..semua nak diperjudikan..

    BalasPadam
  4. hai :t.kasih semoga ditempat lain pun diadakan bantahan yg sama.

    BalasPadam
  5. relevan:bukan nak fikir halal haram...yg penting pulus masuk.

    BalasPadam
  6. kakcikseroja :tak mustahak itu semua...yg mustahak wang, wang,wang...

    BalasPadam
  7. Rasulullah s.a.w pernah berpesan, di akhir zaman nanti segala yang haram akan diputar belit sehingga ia akan kelihatan halal dan umat Islam menerimanya tanpa rasa curiga. Pemimpin kita sudah memulakannya.

    BalasPadam
  8. benar sekali puan. yang buruk digambarkan baik dan ada kumpulan pengampu pula.

    BalasPadam