Pengikut

Ahad, 24 Mei 2009

Didesa pun boleh hidup kalau ada kemahuan.


Kalau kita hidup didesa soal makan minum mudah diselesaikan. Kebanyakan orang kampung semiskin-miskin pun ada juga sebidang tanah, sebuah rumah usang, seekor lembu atau kerbau dipadang, dua tiga ekor ayam itik bawah rumah. Semua ini cukup untuk dijadikan modal menambah rezeki.




Sebidang tanah boleh dihijaukan dengan menanam pelbagai sayuran. Tanamlah lima enam batang anak lada, kankung, serai ,terung anak pisang dan pergilah menjualnya dipasar-pasar minggu. Hijaukan tanah-tanah tuan dengan pelbagai sayuran. Kalau rajin semua boleh jadi. Berapa ramai orang kampung yang rajin dapat menyekolahkan anak-anak mereka hingga ke universiti hanya dengan memakmurkan tanah mereka.




Dari merempat meminta-minta lebih baik membanting tulang empat kerat menambah rezeki. Allahpun suka pada orang yang berusaha kerana rezeki akan dikurnia kepada siapa saja yang rajin berusaha.




Sebarang usaha yang dilakukan 'kemahuan' lah yang menjadikan jiwa kita hidup. Bila ia hidup pupuklah pula dengan 'keyakinan'. Dikampung keadaannya lebih baik. Dugaan dan perkara yang merbahaya kepada keselamatan moral masih kurang jika dibanding dengan kotaraya.

2 ulasan:

  1. kembali kepada tanah.inilah asas ekonomi kita..

    akhirnya manusia kembali duduk di kampung ketika bersara.. :)

    BalasPadam
  2. Tapi dalam dunia moden hari ini orang pencen pun sudah tiada tanah lagi dikampung. Semuanya dah dijual anak cucu buat menampung perbelanjaan hidup yang sentiasa tak mencukupi

    BalasPadam