Pengikut

Rabu, 13 Mei 2009

MENYESUAIKAN DIRI

Apa aku nak tulis hari ini? Dari pagi aku melayari internet membaca pelbagai pandangan mengenai krisis Perak.Ubat mata sudah 3 hingga 4 kali dititik .Aku nak lupakan sejenak mengenai pergolakan politik sambil menunggu ucapan Tok Guru mengenai 13 Mei jam 11.30 pagi nanti.

Berita akhbar banyak juga cerita pasal nikah kahwin. Kes Jamal Abdillah pun tak kurang menariknya.Roslin Hasyim pun ada juga ni. Jadi aku nak tulis tentang kahwin mengawin la. Cuti sekolah pun sudah hampir bermakna musim orang kahwin pun tak lama lagi.

Dalam perkahwinan usaha menyesuaikan diri itu lebih penting dan mustahak dari usaha mencari pasangan yang sesuai.Tiap-tiap manusia mesti ada kelemahan dan kekurangan masing-masing.Jadi kerja mencari seorang teman hidup yang benar-benar sesuai itu ialah kerja yang sia-sia kerana lagi banyak kita menyelidik tentang diri seseorang lagi banyak kelemahan dan kekurangan akan terdapat dan akhirnya kita akan terasa sukar mendapat seseorang teman yang sesuai.

Orang-orang moden sekarang ini lebih mengutamakan kerja mencari rakan yang sesuai dari kerja menyesuaikan diri dan bekerjasama.Sebab itulah banyak penceraian berlaku.Orang -orang dahulu menerima saja siapa-siapa yang dipersetujui untuk mereka dan oleh kerana masing-masing percaya jodoh petemuan memang ditakdirkan dari azali masing-masing merasa mereka tidak dapat lari dari itu dan semuanya bersungguh-sungguh menyesuaikan diri dengan pasangan.

Suami menutup kelemahan isteri dan isteri melupakan kekurangan suami.Hasilnya mereka menjadi pasangan yang sesuai dan bekerjasama dalam sebuah rumahtangga yang berjaya dan sepakat.

Begitupun usaha mencari pasangan yang sesuai sebelum berkahwin adalah usaha yang bijak tetapi ini bukanlah bermakna bahawa guru mesti kahwin guru,pengarang sama dengan pengarang atau enggang sama enggangdan pipit sama pipit.Mencari pasangan yang sesuai ialah mencari seseorang yang betul-betul ikhlas hati mengasihi kita . Senang sama dirasa susah sama dideritai.Disinilah letak sebenar-benarnya penyesuaian hidup rumahtangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan