
Sayur dan buah-buahan.Berapa ramai orang tidak menyentuhnya dalam menu harian mereka?Berbuih mulut para doktor memberi nasihat betapa pentingnya kedua bahan ini dalam jadual pemakanan harian manusia. Sayangnya manusia hari ini mempunyai 'Piramid Makanan Rekaan' sendiri.
Makanan yang tidak seimbang memberi infak besar dalam penjagaan kesihatan kita.Tapi manusia hari ini tak suka mendengar itu semua sebab itulah syarikat rokok bertambah kaya dari tahun ketahun.
Sayur sangat dibenci bukan saja oleh kanak-kanak malah anak-anak remaja langsung tidak menyentuhnya jika dihidang.Walhal sayur ada pelbagai vitamin A,Vitamin C,vitamin E dan pelbagai mineral. Sayuran mentah mempunyai kandungan lemak dan kolestrol yang rendah.
Vitamin A adalah vitamin antioksidan yang larut dalam minyak dan penting bagi pertumbuhan tulang dan penglihatan. Vitamin C adalah anti oksidan yang sangat kuat.Vitamin E pula membantu mempercepatkan penyembuhan pada kulit dan menghilangkan bekas luka. Manakala vitamin K pula membantu mempercepatkan penutupan luka jika terjadi pendarahan luar.
Begitulah hebatnya kejadian Allah melalui penciptaan sayur-sayuran ini.Malangnya pendedahan kepentingan sayuran pada manusia hilang begitu saja dengan pelbagai iklan makanan ringan yang digambarkan lebih hebat khasiatnya.