Pengikut
Isnin, 1 Jun 2009
HukumRimba dizaman global
Selesai solat subuh tadi aku layari laman cina islam. Penanti sudah tidak lagi dinanti-nanti . Keputusan 5000 itu sudah cukup untuk jadi bekal pada pru 13 nanti.Lepas cina islam aku jelajahi harakahdaily. Tiada berita menarik tapi aku terenter tulisan silutfi tu mengenai seorang guru bernama laila. Menarik ni aku ingatkan kisah percintaan silaila majnum.
Lama membaca tulisan tersebut dan mataku mula digenangi titisan airmata. Banyak sekali airmataku tumpah. Sangat tersentuh jiwa aku . Mungkin dengan usia yang makin meningkat jiwaku semakin mudah tersentuh.
Perasaanku tersangat benci kepada mereka yang melaksanakan peraturan rimba tersebut. Semua insan tersayang dipisah-pisahkan. Lebih zalim dari Inggeris yang menjadi penjajah suatu waktu dulu.British hanya pecah dan perintah negara sahaja. Tetapi ISA ini memecahkan seluruh institusi kekeluargaan yang penuh kasing sayang dan rahmah itu.
Bacalah kisah kegigihan guru yang bernama Laila itu. Masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari guru dan ibu kepadanya. (layari harakahdaily.net) dan tahniah untuk Ahmad Lutfi .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hukum rimba ni dilaksanakan bila hukum asal akan menghukum mereka yg berkuasa..
BalasPadamkita ditakdir hidup dalam bandar tetapi berperaturan rimba....
BalasPadam