Pengikut
Ahad, 28 Jun 2009
Sayur dan kepentingannya pada manusia
Sayur dan buah-buahan.Berapa ramai orang tidak menyentuhnya dalam menu harian mereka?Berbuih mulut para doktor memberi nasihat betapa pentingnya kedua bahan ini dalam jadual pemakanan harian manusia. Sayangnya manusia hari ini mempunyai 'Piramid Makanan Rekaan' sendiri.
Makanan yang tidak seimbang memberi infak besar dalam penjagaan kesihatan kita.Tapi manusia hari ini tak suka mendengar itu semua sebab itulah syarikat rokok bertambah kaya dari tahun ketahun.
Sayur sangat dibenci bukan saja oleh kanak-kanak malah anak-anak remaja langsung tidak menyentuhnya jika dihidang.Walhal sayur ada pelbagai vitamin A,Vitamin C,vitamin E dan pelbagai mineral. Sayuran mentah mempunyai kandungan lemak dan kolestrol yang rendah.
Vitamin A adalah vitamin antioksidan yang larut dalam minyak dan penting bagi pertumbuhan tulang dan penglihatan. Vitamin C adalah anti oksidan yang sangat kuat.Vitamin E pula membantu mempercepatkan penyembuhan pada kulit dan menghilangkan bekas luka. Manakala vitamin K pula membantu mempercepatkan penutupan luka jika terjadi pendarahan luar.
Begitulah hebatnya kejadian Allah melalui penciptaan sayur-sayuran ini.Malangnya pendedahan kepentingan sayuran pada manusia hilang begitu saja dengan pelbagai iklan makanan ringan yang digambarkan lebih hebat khasiatnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam.
BalasPadamAlhamdulillah, anak-anak saya tidak bermasalah untuk makan sayur kerana telah dilatih sejak bayi. Sayangnya, saya terlepas pandang satu perkara - melatih mereka makan buah-buahan. Hingga ke hari ini kedua-dua anak saya tidak pandai makan buah. Percaya atau tidak, mereka hanya boleh mengunyah dan kemudian meluahkan apa juga buah yang diberi (tidak pandai menelannya!). Aduhai anak mama...
Oklah tu mereka suka makan sayur.....yang kita takut mereka lebih mengenal maggi dan burger.
BalasPadamtapi kenapalah budak2 skrg ramai tak suka sayur?
BalasPadamsaudara ku tengoklah dimana-mana siaran TV adake iklan bagus makan sayur?
BalasPadamassalammualaikum mr.muaz
BalasPadam-salam perkenalan... terimakasih mmbuat sedikit ulasan dlm ntri sy yg tak seberapa
-sy turut mm'follow' saudara di alam maya...
- bila makin tua, sapa2 je, akan mula menikmati sayuran... sbb deria rasa manusia pd lidah tu.. ada yg cepat mnerima rasa sayur , ada yg lambat... bergantung pd kebiasaan
Terima kasih. Salam perkenalan.Sayur dan buah memang mustahak.Sebab tulah orang tua-tua dulu bawa belayar pisang emas.
BalasPadam